She didn't leave you for making too many mistakes. She left because you made the same mistake, too many times.

Thursday, August 29, 2013

some memories to remember


21 September 2012
"lagu sum41 tahu?"
"tajuk?"
"crash. tahu tak?"
"okay ni taktahu."
"dengar lah."


so tonight, at this time, i suddenly remember these text.
so i decided to post something on my blog.
it almost a year.
dont you remember all those memories?
no you didnt? OK
i am okay.

im sorry if i made mistake.
but you really have no idea how much you meant so much to me.
 
but nevermind, it has been a year since you left me.
i am okayy.
time heal remember?
it just some times those memories just pop out on my mind,
i had no power to against it.
so i let it play around my mind.
you dont have to worry, 
i swear to god im okay.

just some times when something just remind me about you, i would hear this song.
CRASH by SUM41.

HOLD ME NOW
CAUSE I THINK IT'S TIME FOR ME TO PASS
WHAT DO I HAVE TO DO?
I WAS SUPPOSED TO GROW OLD WITH YOU.

goodnight.
 
 

Tuesday, August 27, 2013

awak bukan perempuan, awak tak faham.

Assalamualaikum.
Lama gila tak update blog, kesian blog bersemut.
saya nak bercakap tentang satu soalan.
soalan yang sering bermain diminda saya.
soalan ni cukup penting bagi diri saya.
saya perempuan, awak lelaki, pasti soalan ni bagi awak tak penting.

soalan yang berbunyi,
ANTARA SAYANG ORANG YANG AWAK SAYANG, ATAU SAYANG ORANG YANG MENYAYANGI AWAK, MANA SATU PILIHAN AWAK?
as a normal human being, diorang tak kan cakap diorang pilih untuk sayang orang yg dia sayang,
tapi hakikatnya, diorang memang menyayangi orang yg mereka sayang bukan sayang org yang menyayangi mereka.
dua benda ni berbeza.
jika didalami dan difahami betul2, dua perkara ni adalah perkara yang cukup berbeza.
antara SAYANG ORANG YANG KITA SAYANG
atau
SAYANG ORANG YANG SAYANG KITA.


biar saya beri pencerahan andai masih ada yang tidak memahami dua perbezaan ini.
kalau SAYANG ORANG YANG KITA SAYANG,
 orang yang kita sayang tu tak semestinya sayang kita jugak.
so kita ni lebih kepada terhegeh-hegeh perbodohkan diri duk sayang duk cinta dia.
tapi kalau SAYANG ORANG YANG SAYANG KITA.
ini berbeza, orang yang sayang kita ni dia akan jaga hati kita, sayang kita, kadang-kadang dia sayang kita lebih dari dia sayang diri sendiri.
so that confirm kita takkan kecewa bila dengan dia.
kalau kita sayang orang yg kita sayang, kita ni dah macam orang apa dah sayang dia, rindu dia, cinta dia,
tapi dia? buat taktahu jeee. sakit perit hati kita ni dia buat tak endah je.
asyik-asyik sakit hati je yang kita dapat.
SEDIH

Thursday, May 23, 2013

Kawan.
Semenjak awak tiada di sini, tiada siapa yg hendak mendengar suka duka saya, sakit perit saya.
Tiada siapa yang mahu lihat setiap titis air mata saya yang jatuh, gugur. 
Tiada siapa kisah tentang gelak tawa saya kegembiraan. 
Kawan. 
Hanya awak yang ambil tahu tentang semua tu.
Perit hati saya mengenangkan awak sudah tiada di sini lagi.
Sedih hati saya. 
Tapi saya tetap merahsiakan perasaan, 
Saya tidak mahu awak tahu walang hati ini. 
Air mata ini biar saya tanggung sendiri.

Dahulu.... 
Tika luka hati ini parah oleh kerana cinta yang terkadang tak pasti, awak datang menemani.
Walau tak pernah di kesat air mata ini oleh kerana haram disentuhi,
Namun, hati ini kuat mengatakan awak terlalu ingin mengubati.
Awak ketawa tika saya berduka.
Bukan mentertawakan saya, tetapi cuba untuk buat saya ketawa bersama.
Jika tika bersama awak, derita hati ini seakan lesap hilang bersama hilaian tawa kita. 
Tidak kah kau rasa sedih yg aku rasa,kawan?

Kau tahu, dari dulu, aku amat menyayangimu.
Aku tahu, dari dulu, kau boleh jadi sahabat baikku.
Aku cukup yakin yg itu, kau blh jadi sahabat aku walau dimana kau berada, walau jauh mana jarak yg pisahkan kita.
Ternyata kini aku tak pernah silap, sudah terbukti, kau tidak pernah melupakan aku.
Aku rindu utk sentiasa ketawa bersamamu. 
Aku rindu kau kawan.
Aku terlalu rindukan kau. 

Bersama airmata, semoga kau sentiasa menjadi sahabat ku. Ameen. 

Tuesday, May 21, 2013

Terima kasih.

Saya tahu apa yang awak buat.
Saya faham apa yang awak buat.
Saya tahu.
Saya faham.
Saya tak salahkan awak.
Saya pun pernah buat apa yang awak buat ni.
So saya takkan letakkan kesalahan di bahu awak.
Jangan risau tentang saya, tentang perasaan saya. SAYA OKAY.
Saya maafkan awak, ini awak perlu tahu.
Tapi. Tipu lah kalau saya cakap saya tak terasa. saya pun ada perasaan macam orang lain. nama pun manusiakan.
Saya redha atas apa yang berlaku.
Terima kasih banyak-banyak.
Assalamualaikum.


Saturday, May 18, 2013

"kerana mengejar seseorang yang tak wujud, aku hanya memandang ke depan.. tak pernah melihat orang atau perkara yang berlaku di sekelilingku.. hanya melangkah setapak demi setapak,cuba membuktikan diri.. mengejar bayangan yang sentiasa disisi.. ketika itu, kalau aku toleh walau sekali.. aku mungkin akan terpandang dirimu.."

pelajar UIA mimpi berjumpa Rasulullah


copy dari : http://ustazshukriharun.blogspot.com/2010/01/kisah-jumpa-rasulullah-pelajar-uia.html
Assalamualaikum


Di bawah ini satu article yg amat mengharukan jiwa, salah seorang rakan saya yang juga ahli lembaga pengarah sekolah ilmi telah mengirimkannya kepada saya. Bila membacanya, terasa juga akan keindahan kisahnya, mungkin ia lebih berkesan lagi, kalau dipanjangkan kepada rakan-rakan melalui blog saya ini. Semoga penulis article dan juga teman yang terlibat dengan kisah ini, memberikan saya keizinan menerbitkannya.




Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu’alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.




Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu’alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.




AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.




Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.




Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.




Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu’alaihiwa sallam sendiri”.




Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.




Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, Ana RasuluLlah”. SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” , -’sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi’-. Allahuakbar.




Kemudian Baginda Nabi SallaLahu’alaihiwas allam berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” , – sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar’. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh ‘alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul ‘arabiyah, tp kami terjemahkan) , “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana” . Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya ‘Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda’. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.


Kemudian Nabi katakan, “Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti” . Lepas tu Nabi kita lafazkan, “Ummati.., ummati.., ummati…” , dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda.




 Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, “Jgn pergi Ya RasuluLlah” , tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi
kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau…xtaulah, waLlahua’lam. ..


Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jgn pergi Ya RasuluLlah.. .” . kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu’alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.




Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.


Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. ‘Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu’alaihiwa sallam’.


Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah…” . kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, “Assalamu’alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu’alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. “Nahnu khulafa’ ar-rasyidin” . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali “. SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.


Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan “Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.” . kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:
” Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘ sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir’. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu”.


Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar” . Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.


Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh” . Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata’ ala. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni’mat yang Engkau berikan” .


Beliau katakan pada kami, “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; “tak rugi kita bersabar…”

Monday, January 14, 2013

Twitter Dah Tak Macam Dulu

Assalamualaikum sayang-sayang semua. 
Sorry sebab lately ni aku post benda yang sangat merepek.
tapi aku tahu, cara untuk aku lari dari public, or cara untuk aku express perasaan aku tanpa SEMUA orang tahu adalah melalui blog.
Well, twitter sekarang dah tak macam dulu, kalau dulu boleh lah bertweet macam-macam tanpa orang tahu, sebab tak ramai lagi yang bergelumang ke dalam kancah twitter dulu-dulu. tapi sekrang ni, PERGH!!!! AKU CAKAP KAU. SEMUA ORANG DAH MULA BERJINAK-JINAK DENGAN TWITTER WEY. 
budak sekolah rendah pun dah pandai bertwitter. 
nak buat macam mana, kena terima kenyataan, sekarang zaman dah moden, zaman  teknologi katakan.
memang tak pelik lah, budak umur setahun pun pegang iPad kesana kemari sekarang, tak main dah macam permainan aku dulu, main batu seremban, ceper, main telefon yang ada gula-gula. tak mustahil kalau aku katakan, budak sekarang membesar, taktahu pun apa tu batu seremban, ceper bagai ni. diorang taktahu, lahir-lahir je dari perut mak, terus nampak iPad, sebab apa? tangkap gambar dia yang lahir tu, pakai apa? iPad kannn. 

Sekarang ni, main twitter pun dah macam takde privacy, budak-budak yang baru nak berjinak-jinak, yang typical gila buat twitter tempat nak jaja nama diorang je. Kalau bukak twitter sekarang, sumpah dah tak macam dulu, dulu seriously terasa ah ade privacy, sekarang ni ya Allah, DRAMA SANA SINI.. Macam-macam drama, ada drama hilang dara, drama kutuk agama Islam, drama bash orang sana sini, semua orang dia nak bash nya, dia je betul kot, drama kutuk megutuk, drama bergaduh boyfriend dengan girlfriend semua kat twitter. kalau nak tahu pasangan couple tu gaduh ataupun tak, tengok je twitter dia, kompem-kompem dapat tahu dia gaduh ke tak dengan tengok apa yang dia tweet je. Tak ketinggalan jugak drama pasangan couple yang dok berconversation tangkap cintan dua orang macam diorang dua orang je yang ada dalam dunia ni, tak fikir orang meluat dok tengok dia berdua kat twitter tu. tolong ah letak hubungan tu tahap tinggi sikit, malu lah semua benda nak bagi orang baca, dok muah muah bagai kat twitter, sekali sekala tak apa, it's okay. tapi kalau setiap kali kau on twitter tu kau dok berconversation dengan pasangan kau baik kau deactivate twitter kau tu, lepastu amek handphone, mcj lah korang berdua, 24jam pun tak apa, tak kacau hidup orang. ahh bengang aku dengan pasangan yang bercengkerama macam ni. bajet hot couple jee.bukan orang nak baca conversation kau yang KONON manja tu, orang macam ni MOHON DEACTIVATE TWITTER. SEKIAN. EH? okay sorry. LOL. :P

Bukan apa. kadang-kadang fikir jugak perasaan orang lain yang baca tu, kadang-kadang orang tu okay dengan kau, tiba jadi meluat pulak dengan kau. ada handphone mcj kan boleh? bukan tak boleh tayang satu dunia kau dah ada kekasih. nak tayang tu boleh, kang orang ngorat pulak kan kalau tak tayang. tapi nak tayang tu kena lah tahu beragak jugak. kalau 24 jam nak tayang kau dah ada bf/gf pun tak boleh jugak. orang kurang senang. jadi, konklusinya, jadi low profile sudah, orang tahu kau ada kekasih, kalau nak bermention sikit-sikit tu okaylah, bukan tak boleh langsung, tapi jangan lah jadikan timeline tu kotor dengan bie baby sayang anja mucuk papa mama daddy puppy korang tu. haishh. fikir orang lain. 

tapi ada sesetengah orang pulak tak boleh terima teguran, siap cakap lagi "KALAU TAK SUKA UNFOLLOW JE LAH OKAY? AKU TAK BATAK PUN NAK KAU FOLLOW, AKU TAK MATI PUN LAH KAU TAK FOLLOW" kekononnya lah. padahal kalau hilang followers tu bising. "LAINKALI KALAU RASA KAU HOT STUFF SANGAT LEPAS FOLLOW LEPASTU NAK UNFOLLOW ORANG BAIK TAKPAYAH, DEACTIVATE JE TWITTER KAU TU, BAJET TWITFEMES JE." dah pulak? 

so sebenarnya engkau tu yang bermasalah, orang lain okay je. cuba ubah sikit sikap tu, jangan jadi manusia yang hidup dengan kehidupan sendiri je,. kita ni hidup bermasyarakat. OKAY? 

Maafkan aku kalau aku ada terkasar bahasa atau buat orang-orang yang baca ni terasa or termakan hati. aku cuma nak cakap apa yang public rasa dengan sikap pasangan-pasangan yang macam ni. takde niat langsung nak tuju kat sesiapa. ampun dan maaf dipinta. assalamualaikum :)

Thursday, January 10, 2013

I miss someone



Have you ever feel like you miss someone that you can't reach? what i mean is, you miss her/him, but you cant tell them, you cant express your feelings. you really have to hide it, just because you dont want her/him to know about it. sometimes we can call it as EGO. but sometimes all we need to understand is not all of our feelings we need to show or express. sometimes we need to hide it because of the things that only us know.

As a normal human being, feelings is the things that we cant run from. every human got feelings, and now, what i can tell you is, i felt like i miss something or the correct word is someone. i miss someone that once makes me happy, that once had make me laugh really hard, that once had makes me smile almost all the time im with him. but now, he will never do it again, past is past, it wont happen again, and dont you ever dream for it to happen again. yes, he said these to me. those words that makes my heart breaks into pieces. congratulations! you really made it, you really did a good job in breaking my heart. 

sometimes, i really need to cry whenever i think about you, i have to, i need to. i miss you, i really miss you. i want you to know that no matter what happen i really wont forget what we had go through, i wont forget about our sweet memoriess. sweet moment when im with you. the moment when you being really sweet, when you showed that you love me, even it is juat a hint, but i know, we had the same feelings towards each other :)yes you know i wont forget you, yes you know that i wont forget about us, our memories.

last words from me, I MISS US.

Monday, January 7, 2013

perasaan yang pelik



Tak tahu kenapa dengan diri ini. Tapi aku rasa sesuatu yang aneh.
Aku rasa seperti sesuatu bakal terjadi. Air mata mula bergenang dan berlinang tak kena tempat dan waktu. Hati ni sebak rasa sesuatu. Sesuatu yang aku tak pasti, tapi terasa seperti akan terjadi.

Sebak hati ni. Yang aku tahu tangisan je dapat redakan kesebakan ni, walaupun tangisan ini tiada puncanya, tak tahu apa hujung pangkal penyebabnya.
Aku suka mendengar lagu yang dimainkan di blog aku ni. Kalau rasa nak nangis dengar je lagu ni, laju je air mata ni mengalir.

Kadang-kadang sifat dalam diri ini tidak dapat dijangka. Aku sendiri tidak dapat meneka dan mentafsir diri aku ni. Tapi yang pasti aku akan menangis walaupun tiada punca. Aku memang selalu macam tu. Tapi sebenarnya aku yakin, ramai perempuan macam tu. 

Selalu tak dengar ayat ni, atau terbaca ayat ni? Tolonggg lah ambil serious tentang ayat ni.
"PEREMPUAN YANG KUAT BERCAKAP, TIBA-TIBA DIA DIAM SERIBU BAHASA, MAKNANYA ADA SESUATU YANG DIA PENDAMKAN."

Aku punya sifat yang aku rasa negatif dalam diri aku iaitu aku suka memendam. Wow! Aku memang sangat tak pandai untuk menyuarakan rasa sakit hati aku atau amarah aku. So aku guna cara lain, iaitu PENDAM. Kalau aku pandai marah, aku tak pendam kot. Masalahnya aku taktahu marah. Kalau aku marah, tu maknanya aku dah lama pendam benda tu, dan aku dah tak mampu untuk tahan lagi. Semua orang tahu kesabaran manusia punya limit. Moga-moga Allah jaga dan lindungi aku dari api kemarahan, In Sha Allah.

Sebak kat hati ni tak apa. Ingat Suhaida, ALLAH ada. Simpan kemas dalam hati,"KALAU KITA DEKAT DENGAN ALLAH, ALLAH JUGA AKAN DEKAT DENGAN KITA. KALAU KITA JAUH DARI ALLAH, ALLAH PUN JAUHLAH DARI KITA. " In Sha Allah, ingat Allah selalu, everything gonna be okayyy ;) In Sha ALLAH :)