She didn't leave you for making too many mistakes. She left because you made the same mistake, too many times.

Saturday, July 28, 2012

April

Hari ini adalah hari sabtu. satu beban saya dah lepas pabila saya selesai menjawab test account dari uitm semalam. alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. saya tawakkal je, sebab saya dah berusaha :)

Hari ini pula pada jam 8:30pagi tadi, saya ade test AIS (computer).
boleh lah kott, banyak hentam kott. errr =.="

Permulaan hari saya pada pagi ini baik, sangat baik. happy, bahagia. namun, langit tak selalunya cerah. kita tak dapat duga bila hujan di tengah hari. so tengah hari saya hujan sekarang ni. hujan dengan airmata. eh, superb kan? opkos superb. dah lama tak hujan pipi ni. tapi harini hujan plak. chill lah chill. suhaida kuat, takde hal lah. 
hati ni sampai dah lali dengan rasa terluka. sampai takde airmata nak ditangiskan bila dah terlalu banyak terluka sangat.

tapi saya akui, bahaya bila hati saya terluka, bila terlalu banyak terluka. sangat-sangat bahaya. bahaya untuk diri saya, dan bahaya untuk org yg telah melukai hati saya. sebab perasaan sy semakin pudar. semakin pudar.
bila hati kita terluka. kita akan bertanya kepada diri sendiri "kenapa dia sanggup lukakan hati aku? adakah dia tidak menyayangi aku? kalau sayang takkan dia sanggup buat macam nii? tapi dia kata dia sayang, dia cinta. betul ke dia sayang, dia cintaa? kalau betul kenapa luka yang dia bagi? ataupun itu cara terbaru untuk menunjukkan rasa sayang dan cinta? dengan cara melukakan hati org yg dia sayang?"
yes, ini selalu nya soalan yg bermain difikiran aku bila aku terluka. tak ada lain. tapi sampai sekarang tak pernah berjawab.

okay tak kisah, dah biase sebenarnya terluka, kan saya dah cakap. dah lali. persoalannya sekarang, APA YANG SAYA BUAT BILA SAYA TERLUKA?
itu persoalannnya. sebab itu penting. sangat-sangat penting. bila hati dah terluka, kita pun jatuh, tersungkur, menangis, melalak tak ingat dunia. ingat nak mati jee. padahal tak cukup amal lagi nak mintak mati bagai.

saya ada APRIL. so this is my April, my baby sugar glider, i heart you sayang <3
April adalah tempat saya mengadu menangis meraung. bila kita sedih terluka, kita perlukan tempat mengadu bukann? tapi tak semua kita boleh mengadu kat orang, ada benda yg kita kena simpan, takut membuka aib orang lain. so cara terbaik adalah mengadu pada April. jangan fikir sebab dia haiwan, dia taktahu perasaan manusia. kadang-kadang haiwan lebih fhm perasaan manusia berbanding manusia tu sendiri. 

Saya selalu menangis sambil pegang April. mengadu kat April setiap suatu. April ni nakal, tak reti duduk diam dia. tapi bila saya mengadu pada dia. dia tahu duduk diam dlm genggaman saya. dia pandang saya. masa mula2 saya mengadu pada dia, saya rasa terharu. "eh April duduk diam2 pandang jee aku bila aku mengadu kat dia?" saya rasa sangat2 terharu, haiwan pun faham perasaan manusia. since saya tengok reaksi pertama dia macam tu, sejak lepas tu setiap kali saya terluka, April adalah benda pertama yg saya akan cari. dia tempat mengadu saya,tempat saya lepaskan tangis saya. walaupun dia haiwan, saya rasa dia sangat faham perasaan saya. 

tapi pabila saya di asrama, April tiada untuk dengar tangisan saya, dengar aduan saya, pandang saya seolah-olah dia nak bagitahu dia faham saya. april tiada sewaktu sy di asrama. so sakit sikit lah nak ubat luka sendiri ni bila tiada tempat mengadu. sakit weyh sakit. seriouss. 

APRIL, imissyou. imissyou so much. kamu benda paling comel paling penting paling saya sayang. tiada siapa dapat ganti tempat kamu setelah kehadiran kamu dalam hidup saya nii. tiada siapa dapat ganti tempat kamu. 
saya update blog ni untuk kamu sebab kamu tahu apa? KERANA SAYA SEDANG TERLUKA. 

ILOVEYOU, SAYANG. no one can replace you and i don't know how it feels when one day i have to lose you.

Tuesday, July 17, 2012

what makes me happy

Semenjak tinggal di hostel ni saya sangat rajin update blog ye.
Dah sampai masa saya belai beri kasih sayang kepada blog saya ini setelah sekian lama ditinggalkan pergi oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. :)

HARINI SERONOK. SANGAT-SANGAT SERONOK.
PLEASE REMEMBER TODAY'S DATE 17th SEPTEMBER 2012 sampai bila-bila.
saya akan ingat :') wee :D (joget-joget)
Tapi cerita harini biar sampai harini.

Saya sedang kecewa sekarang ni, kecewa kerana crush saya telah crash kan hati saya :( kenapa awak ade gf? boleh tak jadi saya punya? 
Atleast kalau tak boleh jadi saya punya pun tolong jangan ada gf, sebabbb, saya takde bf :( 
woi Suhaida!! dia crush kau je kan. lantak dia lah nak ade gf ke apa.
ye aku tahu aku takde hak nak halang dia.
tapi hati aku ni siapa nak ubat? 
walaupun luka nya tak lah terlalu dalam, tapi terguris gak weyh.
SAYU, PILU hati gua ni :"( 

err. aku agak aku patut berhenti sebelum aku merepek lebih jauh dan lebih menyakitkan hati sendiri. saya okay lah awak, saya okay. Saya doakan awak bahagia. selamat malam awak :'(

Monday, July 16, 2012

sakit adalah ujian

Harini, 16 Julai 2012 tepat jam 11:05malam saya meng-update blog ini, dengan penuh rasa kesabaran.
saya tahu kesakitan yang saya rasa adalah ujian. UJIAN pula adalah suatu dugaan yang Allah beri kepada kita dalam proses menghapuskan dosa-dosa kecil kita.
namun saya tak kuat, saya merungut.
kalau boleh minta mati , tarik nyawa ni segera. Allah sahaja tahu bagaimana sakitnya.
berdosa merungut, namun saya tak sedar. 
jahil nya saya, tak tabah hadapi ujian, merungut. jahil sungguh saya.
kenapa awak hanya pandang dari sudut negatif sedangkan banyak juga sudut positif yang awak boleh nampak Suhaida? sesugguhnya lumrah manusia memang tidak tahu bersyukur.
 hari ini adalah hari isnin. saya pulang ke asrama semalam, hari Ahad.
saya alami sesuatu yang sudah lama saya tidak lalui , mungkin sudah bertahun saya tidak lalui saat itu.
saya tahu ibu bapa kita marah kita bersebab. sebab mereka sayang. jika tidak, lantak kamu lah nak buat apa. nak merempat, nak rosak, takde masa depan, lantak kamu lah. tapi ibu bapa ni sayang akan anak-anak mereka. tidak akan sanggup mereka biar anak mereka tidak bermasa depan, rosak akhlaknya, buruk akidahnya. mereka mahu dan akan pastikan anak mereka bakal mempunyai masa depan yang cerah. PASTI, semua ibu bapa begitu.

namun awak, yang menanggugnya adalah saya.
yang merasa sakitnya adalah saya.
yang mengalir airmata itu adalah air mata saya. bukan AWAK.
maka memang saya sedia maklum bahawa awak tidak akan faham situasi saya. 

seperti yang saya katakan , saya janji saya akan tunggu awak sehingga awak betul2 bersedia.
saya akan tunggu. namun pada masa itu, saya tidak mahu perkara yang lepas berulang lagi, saya tidak mahu.
biarlah pabila awak membuat keputusan, dan awak sudah benar bersedia, insyaAllah kita tidak akan mengulangi kesalahan yang sama untuk menjaga hubungan ini. InsyaAllah.
jadi seperti yang sudah saya katakan.  
saya akan beri awak masa, dalam masa itu saya tidak akan halang setiap tindak tanduk awak, saya janji. saya lihat dari jauh sahaja. namun untuk kita berjumpa dan berhubung seperti dahulu memang tidak. kita akan berjumpa dan berhubung seperti dahulu pabila awak sudah membuat keputusan awak.
saya tidak meletak harapan yang tinggi, saya tidak akan putuskan hubungan persahabatan kita seandainya antara kita memang tiada jodoh. cuma, hubungan kita tidak boleh jadi seperti dahulu. 
 saya harap awak faham, saya perempuan, punya perasaan, sangat beremosi, bagaimana untuk berlakon saya okay BERKAWAN dengan awak sedangkan dahulu kita pernah hidup bersama dan mengukir pelbagai kenangan. saya tidak kuat untuk berlakon dan menganggap semua itu hanyalah kenangan sahaja dan saya boleh pretend semuanya okay. saya tidak sekuat itu AWAK.

maka dengan itu, saya ingin awak mengambil sebanyak mana masa yang awak perlukan. fikirkan setiap satu kenangan kita. tanya diri awak, adakah awak boleh hidup tanpa saya? kerana saya telah bertanya kepada diri saya dan jawapan saya adalah tidak. TIDAK MUNGKIN UNTUK SAYA HIDUP TANPA AWAK. SAMPAI BILA-BILA TIDAK AKAN MUNGKIN UNTUK SAYA LUPAKAN AWAK, LUPAKAN SEGALA KENANGAN KITA.

saya tunggu awak, tapi ingat! ini bukan suatu paksaan, dan saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. selagi saya masih bernyawa, saya akan kotakan janji saya. SAYA AKAN TUNGGU AWAK. namun! namun jika awak tidak mahu saya untuk menunggu awak, beritahu saya. saya akan faham dan respek keputusan awak :)

assalamualaikum dan terima kasih :') 

Tuesday, July 3, 2012

3 JULAI 2012

Hari ni saya rasa sangat gembira dengan keputusan quiz account saya.
starts from now on, every improvements from me is for my dad.
Kasihan abah, sampai bila saya nak kecewakan dia? tak habes2 lagi zaman sekolah kecewakan dia?
Biar orang taktahu apa kita rasa, tapi kita kena sedar apa yang patut kita sedar.

dan harini adalah hari saya lepaskan semua ikatan saya.
Saya tahu Allah dah beri saya jawapan apa yang saya mahukan.
dan saya tahu Allah tahu apa yang lebih baik untuk diri saya.
namun, semoga hati ini terbuka untuk dia semula.
itu sahaja yang mampu saya doakan. maafkan saya kerana perasaan yang semakin pudar ini. ia dibawah kawalan saya.

"kita tak boleh nak paksa perasaan orang terhadap kita"

semoga apa yang awak impikan dapat awak kecapi. dan semoga ada yang lebih baik datang dalam hidup awak.
maafkan saya.

Assalamualaikum 

there would be no sunshine after this.

Assalamualaikum. Saya dah janji untuk bercerita.

Dan sekarang saya akan cerita. Saya tahu Allah sahaja yang tahu apa dalam hati saya. Allah tahu siapa orang-orang yg saya sayang, saya cinta dan saya kasihi. Ustazah kata, kasih adalah melebihi rasa cinta. Saya kasihkan kedua ibu bapa saya. Tapi saya cintakan seseorang yg telah membimbing saya selain dari kedua ibu bapa saya.

Bukanlah mudah bagi saya sebagai seorang perempuan untuk jatuh cinta. Namun saya mengaku, sangat mudah untuk saya menyayangi seseorang. Namun untuk memberi hati ini, tak semudah yang disangka. Sayang senang, cinta? Biar saya fikirkan dulu. Lahh, over nye suhaida? Mahal sangat ke cinta kau tuhh? Cinta tak boleh dibeli dengan wang ringgit kay. Kalau bf awak anak dato’ sekalipun lah kann. Dia bagi awk kereta mewah, shopping mewah, apa awak nak dia tunaikan. Itu semua tak cukup membahagiakan sebenarnya, bila dah kaya, ramai yang nak, susah untuk dia setia. Awak bahagia ke kalau awak niy gf ke-7 ke-8 ke-10 diaa? Bahagia kah awak? Kalau awk kata bahagia tu sebab awk pandang duit dia lettew :P  

   Okay, saya tahu saya dah lari topik. sangat jauh saya lari dari topik ni, sampai tercungap-cungap penat sangat berlari.

Saya kenal seorang lelaki. Saya sangat mencintai dia, kerana saya cintakan sikapnya. Dia bimbing saya, dia mematangkan saya. Dia banyak ajar saya tentang kehidupan ni. Dia adalah pemangkin saya. Namun saya tidak berjaya menjadi pemangkin dia. Saya selalu kecewakan dia, saya jatuh kan dia. Saya buat dia tersungkur, bila dia jatuh tersungkur, saya biarkan dia, saya biarkan dia untuk bangun sendiri. Saya tahu, saya kejam. Saya tahu saya tak layak untuk dia. Saya sedar dia yang TERBAIK untuk saya, dan saya sedar juga bahawa saya bukan yang terbaik untuk dia. Dia berhak dapat yang lebih baik. Saya lepaskan dia pergi, saya redha. Walau dalam hati tetap ada rasa untuk memilikinya lagi, tapi saya tahu, saya tak layak. Saya tak boleh pentingkan diri, saya bukan yang terbaik untuk dia.

Hubungan yang direstui oleh kedua ibu bapa saya ni, putus di tengah jalan. Apakan daya, saya terpaksa lepas kan dia. Saya tak sanggup untuk lukakan dia lagi. Saya taknak dia jatuh lagi, saya tahu saya tak akan berada disisi dia saat dia jatuh tersungkur, sebab saya pentingkan diri sendiri. Sebab saya tak pernah fikirkan perasaan dia. Saya tahu peluang untuk saya bersama dia lagi sangat tipis. Saya kena belajar hidup tanpa dia. Kalau kau sayang dia Suhaida, tolong lah lepas kan dia, kau boleh tengok dia dari jauh, kau boleh tengok kehidupan dia yang bahagia tanpa kau. Kau tak mampu bahagiakan dia. Aku tahu kau pedih, bukan senang, aku tahu. Tapi ini semua berpunca dari sikap kau yang pentingkan diri jugakk.

“kalau kita sayang seseorang tu, lepaskan lah dia, jika kehidupan terbaik dia  bukan dengan kita “

Dan saya sedang melakukan itu dan saya sedang bangun sendiri tanpa bantuan sesiapa sebenarnya. saya tahu dia yang terbaik untuk saya. Malah saya tahu saya takkan dapat lelaki sebaik dia dah lepas ni. Awak banyak bimbing saya. Awak banyak mengajar saya. Awak tahu saya sayangkan awak, dan awak tahu awak adalah pemangkin saya. Walaupun hubungan kita tidak bertahan lama, tapi saya cuma nak awak tahu, awak seorang sahaja yg berjaya buat saya cintakan awak sedalam ni. Awak seorang sahaja yg berjaya buat saya sedar dan ubah cara hidup saya, dan awak seorang sahaja yg tetap ada dalam hati saya sampai sekarang.
Matahari tak akan bersinar lagi lepas ni tapi saya tahu matahari tu masih wujud. Cukup lah sekadar saya tahu matahari tu masih wujud.

Terima kasih. Assalamualaikum :’)