Harini, 16 Julai 2012 tepat jam 11:05malam saya meng-update blog ini, dengan penuh rasa kesabaran.
saya tahu kesakitan yang saya rasa adalah ujian. UJIAN pula adalah suatu dugaan yang Allah beri kepada kita dalam proses menghapuskan dosa-dosa kecil kita.
namun saya tak kuat, saya merungut.
kalau boleh minta mati , tarik nyawa ni segera. Allah sahaja tahu bagaimana sakitnya.
berdosa merungut, namun saya tak sedar.
jahil nya saya, tak tabah hadapi ujian, merungut. jahil sungguh saya.
kenapa awak hanya pandang dari sudut negatif sedangkan banyak juga sudut positif yang awak boleh nampak Suhaida? sesugguhnya lumrah manusia memang tidak tahu bersyukur.
hari ini adalah hari isnin. saya pulang ke asrama semalam, hari Ahad.
saya alami sesuatu yang sudah lama saya tidak lalui , mungkin sudah bertahun saya tidak lalui saat itu.
saya tahu ibu bapa kita marah kita bersebab. sebab mereka sayang. jika tidak, lantak kamu lah nak buat apa. nak merempat, nak rosak, takde masa depan, lantak kamu lah. tapi ibu bapa ni sayang akan anak-anak mereka. tidak akan sanggup mereka biar anak mereka tidak bermasa depan, rosak akhlaknya, buruk akidahnya. mereka mahu dan akan pastikan anak mereka bakal mempunyai masa depan yang cerah. PASTI, semua ibu bapa begitu.
namun awak, yang menanggugnya adalah saya.
yang merasa sakitnya adalah saya.
yang mengalir airmata itu adalah air mata saya. bukan AWAK.
maka memang saya sedia maklum bahawa awak tidak akan faham situasi saya.
seperti yang saya katakan , saya janji saya akan tunggu awak sehingga awak betul2 bersedia.
saya akan tunggu. namun pada masa itu, saya tidak mahu perkara yang lepas berulang lagi, saya tidak mahu.
biarlah pabila awak membuat keputusan, dan awak sudah benar bersedia, insyaAllah kita tidak akan mengulangi kesalahan yang sama untuk menjaga hubungan ini. InsyaAllah.
jadi seperti yang sudah saya katakan.
saya akan beri awak masa, dalam masa itu saya tidak akan halang setiap tindak tanduk awak, saya janji. saya lihat dari jauh sahaja. namun untuk kita berjumpa dan berhubung seperti dahulu memang tidak. kita akan berjumpa dan berhubung seperti dahulu pabila awak sudah membuat keputusan awak.
saya tidak meletak harapan yang tinggi, saya tidak akan putuskan hubungan persahabatan kita seandainya antara kita memang tiada jodoh. cuma, hubungan kita tidak boleh jadi seperti dahulu.
saya harap awak faham, saya perempuan, punya perasaan, sangat beremosi, bagaimana untuk berlakon saya okay BERKAWAN dengan awak sedangkan dahulu kita pernah hidup bersama dan mengukir pelbagai kenangan. saya tidak kuat untuk berlakon dan menganggap semua itu hanyalah kenangan sahaja dan saya boleh pretend semuanya okay. saya tidak sekuat itu AWAK.
maka dengan itu, saya ingin awak mengambil sebanyak mana masa yang awak perlukan. fikirkan setiap satu kenangan kita. tanya diri awak, adakah awak boleh hidup tanpa saya? kerana saya telah bertanya kepada diri saya dan jawapan saya adalah tidak. TIDAK MUNGKIN UNTUK SAYA HIDUP TANPA AWAK. SAMPAI BILA-BILA TIDAK AKAN MUNGKIN UNTUK SAYA LUPAKAN AWAK, LUPAKAN SEGALA KENANGAN KITA.
saya tunggu awak, tapi ingat! ini bukan suatu paksaan, dan saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. selagi saya masih bernyawa, saya akan kotakan janji saya. SAYA AKAN TUNGGU AWAK. namun! namun jika awak tidak mahu saya untuk menunggu awak, beritahu saya. saya akan faham dan respek keputusan awak :)
assalamualaikum dan terima kasih :')
No comments:
Post a Comment