She didn't leave you for making too many mistakes. She left because you made the same mistake, too many times.

Wednesday, June 27, 2012

Sesuatu yang menyedarkan saya.

Assalamualaikum. Tak jawab salam dosa kayyy. Hikhikk :D Saya tahu saya dah lama tak update blog. Memandangkan sejak kebelakangan ini corak kehidupan saya sudah banyak berubah berbanding dahulu. Ecehhh. Saya sudah menjadi pelajar kolej. Busy bak angg. Masa untuk diri sendiri pun susah nak cari, apatah lagi meng-update blog. Maafkan saya. “ecehh, macam ade orang je nak baca blog kau sue.” Okay lah, itu perasan kann.

Semasa kemasukan saya disini. Saya menggalas satu beban dan waktu itu, luka dihati masih belum sembuh.

Beban yang saya maksudkan adalah TANGGUNGJAWAB saya sebagai seorang kakak yang sulung untuk belajar rajin2 dan menggenggam segulung diploma. Itu harapan mama dan abah saya. Pasti semua ibu bapa begitu kann. Saya yakin.

Kita digendong oleh ibu, kehulu-kehilir selama 9bulan2minggu. Ibu membawa kita didalam perut dengan penuh sabar. Kita bergerak, menendang-nendang perut ibu. Ibu sakit, namun ibu tahu dia harus kuat untuk melahirkan cahaya matanya. Tak sabar ibu dan ayah nak menunggu anaknya melihat dunia. 

Fasa pertama, (ibu mengandungkan kita) semasa di dalam kandungan lagi ibu dah berkorban macam2 untuk kita. Membawa kita kesana kemari, perut semakin hari semakin besar, semakin berat, sakit yang ditanggung bila kita menendang-nendang perut dia, hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu, namun ibu bahagia, kerana kita bergerak, ibu tahu kita melakukan komunikasi dengannya. Ibu gembira, ibu cerita pada ayah, ayah pegang perut ibu sambil tersenyum bahagia. Ayah juga berkorban, tapi apa pengorbanan ayah? Ayah berulang-alik pergi ke kerja, mencari rezeki halal demi anaknya yang bakal lahir, ayah tahu, kos bersalin bukan lah murah, ayah korban. Pernah ke kita terfikir bagaimana ayah kita bangun pagi, setiap hari, pergi ke kerja. Pernah ke kita fikir bagaimana perjalanan ayah ke tempat kerja? Mudah ke? Dekat sangat ke? 5minit je dah boleh sampai macam tu?

Cuba letak diri korang kt tempat ayah, bangun setiap hari pagi2 pergi kerja, berulang-alik ketempat yg sama setiap hari, balik malam.esok ulang benda yang sama, mesti penat kann? AYAH KITA PENAT. LETIH. Tapi ayah kita tahu dia perlu berkorban untuk anak2 dia, dia kepala keluarga, kalau bukan dia siapa lagi, ayah cuba buat yang terbaik untuk kita.Cuma kita je yg tak pernah sedar, tak pernah cuba nak berada ditempat dia. Kita taktahu menghargai.


Fasa yang kedua adalah saat kita ingin melihat dunia. Ibu sudah menangis menanggung kesakitan. Ibu berkorban lagi demi anak yang bakal dilahirkan. Jika ibu yang melahirkan  kita secara normal, ibu meneran melahirkan. Senang ke meneran tu? Sakit, ibu berkorban lagi. 

Kalau ibu yang melahirkan secara operate? Disebabkan masalah2 tertentu? Tak boleh nak bersalin normal, bagaimana? Operate perut ibu, guna alat yang TAJAM, kita keluar dari perut ibu. Ibu DIJAHIT SEMULA perutnya. Tapi lepas ibu sedar, ade ibu marah korang, taknak bagi minum susu,marah-marah sebab sakitkan dia. Dari korang dalam perut sampai lahir sakitkan dia. Takde ibu yang macam tu, tiada ibu yang marah-marah. Semua ibu bila dah lihat anak yg dia bersusah payah lahirkan , dia gembira, dia bahagia, segala kesakitan yang dia alami, hilang sekelip mata. Dia bahagia dia berjaya melahirkan kita. Walaupun sebenarnya dia bertarung nyawa semasa melahirkan kita. Dia tetap boleh tersenyum semasa melihat kita. Begitu juga ayah, ayah risau ibu nak melahirkan kita. Tak duduk diam ayah kat luar menunggu kita. Ade ke ayah yang sempat lagi berjoli, padahal isteri dia dah nak bersalin ni, tapi dia relax dulu. “Alahhh, mesti selamat punya takde benda lah tuu. Alah, beranak je pun, nak risau apa?” eh takde ayah macam ni kay. Tak ada. Waktu ibu melahirkan ayah tak keruan, dia risau. Tak boleh duduk diam, kalau boleh taknak makan, taknak minum sebab risau isteri dia nak melahirkannn.

Bila kita dah lahir, ayah bagi pakai, minum, makan, tempat tinggal. Ibu layan karenah kita, menangis tengah2 malam, nak susu. Setiap tengah pagi mesti bangun, ibu dan ayah bergilir-gilir ganti jaga kita. Ibu mandi kan bagi makan. Dari dalam perut, melahirkan sampai dah lahir dah pun, ibu dan ayah kita tetap berjasa kepada kita, berkorban itu dan ini SAMPAILAH SEKARANG. Pengorbanan ibu dan ayah kita tak pernah putus.

Dengan apa yang dah saya cerita, apa lagi alasan korang untuk berkorban, belajar? Ibu dan ayah ni hanya nak lihat ank-anak diorang Berjaya sahaja. Diorang dah besarkan korang, berkorban macam2, dari dalam perut sampai lah sekarang, mampu ke korang balas semua jasa diorang tu? Dengan jutaan ringgit sekalipun tak terbalas lah jasa diorang tu. Diorang hanya nak kita BERJAYA. Apa salahnya, kita berkorban sikit, nak gembirakan ibu, ayah kita? Diorang cuba tunaikan apa yg kita nak, kita minta. Diorang cuba untuk penuhi sedaya upaya diorang. Korang pun cubalah penuhi apa yg mereka mahu, mereka tak minta rumah banglo, kereta audi , iphone 4s/5s bagai. Mereka nak korang berjaya je. Fikir-fikirkan lah, renung-renungkan. Memang tak senang belajar, tapi usahalah. 

Apa yang saya katakan ni, sebenarnya banyak untuk diri sendiri, muhasabah diri, kalau saya tak fikir macam ni, macam mana saya nak berjaya, siapa yang nak sedarkan saya, kalau bukan diri saya? Saya tahu keluarga saya bukan orang yg senang, saya dah besar, saya harus berkorban, saya hanya nak lihat ibu bapa saya bangga dengan saya, saya nak ubah keluarga saya. Itu adalah impian saya. Dan InsyaAllah, saya akan berusaha untuk penuhi impian saya ni.

 
Dari awal saya dah maklum kan, saya masuk belajar disini dengan menggalas satu TANGGUNGJAWAB, namun LUKA DIHATI MASIH BELUM SEMBUH. Tanggungjawab yang saya maksudkan , sudah pun saya cerita. Luka dihati yg saya katakana saya belum cerita, namun saya janji selepas ini sy akan cerita tentang luka dihati yg belum sembuh. Memandangkan saya sibuk kann. Lek luu. Sabar, tak kemana blog Suhaida ni. Tak lari pun. Tinggal update dengan tak update jee. Hee :D

terima kasih awak kerana meluangkan masa membaca entry saya :D