She didn't leave you for making too many mistakes. She left because you made the same mistake, too many times.

Tuesday, September 11, 2012

KARMA

Semakin hari aku semakin tidak faham dengan permainan dunia.
aku semakin tidak mengerti akan pengertian KARMA.
Suatu perkara yang telah kita lakukan di masa lalu akan kita dapat semula pada masa akan datang. Namun itu semua kerja Tuhan dalam erti kata lain biar balasan tu datang dari Tuhan sendiri.

Siapa kita sebagai manusia untuk membalas?
siapa kita sebagai manusia untuk mempertikaikan keadilan sesuatu kejadian itu?
kita tiada hak membalas.
kita tiada hak untuk mengatakan masa lampau seseorang itu adalah suatu yang tidak adil.
pembalasan bukan dari manusia namun dari Allah.
Allah berhak diatas suatu kejadian itu. 
Namun tahukah kita bagaimana Allah memberi kita pengajaran yang setimpal dgn perbuatan kita? Kita tidak akan tahu.
namun kita mungkin dapat merasakan.
Allah ada suatu yang baik untuk kamu jika kamu rasa dunia itu tidak adil.
Allah telah tulis perjalanan hidup kamu.
terima takdir Allah, percayakan Qada' dan Qadar seperti mana kita percayakan lima prinsip-prinsip asas akidah ISLAM dimana itu asas yang patut kita pegang kukuh agar dapat membentuk akhlak kita sebagai muslim sejati.

Namun, jika ditakdirkan kamu dilanda ujian yang kamu rasa maha hebat, yang tak mampu utk kamu hadapi, percayalah ada hikmah disebalik semua tu.
bukan cakap kosong.
tapi. manusia memang akan dilanda ujian. cuba ambil ujian itu dari sudut positif.
set dalam minda.
"ALLAH PUNYA YANG LEBIH BAIK UNTUK AKU, KERANA ITU DIA BERI UJIAN SEBEGINI"
insyaAllah, Allah punya yang lebih baik untuk kamu.

Jangan sentiasa bersedih untuk suatu perkara yang sentiasa melukakan.
Namun jika kamu diberi kelukaan di yang sama, ditempat yang sama oleh perkara yang sama secara BERTERUSAN, tidak kah kamu terfikir, itu adalah petunjuk Allah, Allah dah bagi hint,
mungkin itu bukan yang baik untuk kamu. mungkin ia tidak ditakdirkan untuk kamu. 

Jika kamu tidak menutup pintu yang sentiasa melukakan, dan tidak cuba untuk membuka pintu yang baru, jadi bagaimana untuk kamu kecapi kehidupan yang baru?
sampai bila kamu mahu menatap lama pada pintu yang sepatutnya sudah kamu tinggalkan kerana kehidupan di dalam pintu itu nampak nya seperti tidak menyayangi kamu langsung, seperti tidak beri kamu tinggal di dalamnya. Pintu itu seperti menghalau kamu keluar, sampai bila mahu menyakiti diri sendiri? tidak kah kamu menyayangi diri kamu?
jika bukan kamu yang sayang akan diri kamu, siapa lagi yang akan lebih sayangkan kamu?
cuba muhasabah diri. fikir sejenak.
mengapa sanggup tinggal di dalam keadaan yang kamu tahu akan sentiasa melukakan.
keadaan yang kamu tahu sepertinya ia tidak akan berubah,
setelah bertahun kamu di dalam pintu yang sama dan sepertinya tiada perubahan. apa yang kamu tunggukan lagi?
tunggu sehingga menyeksakan diri dan sepertinya tiada ruang lain lagi yang boleh membahagiakan?
manusia semua berhak mengecap bahagia, namun terpulang pada individu itu sendiri.
sama ada dia mahu keluar dari ruang yang tetap sama, tiada perubahan, sentiasa melukakan, atau mahu keluar dari ruang itu namun cuba mencari ruang yang baru.

BERI PELUANG KEPADA DIRI SENDIRI UNTUK MERASA BAHAGIA.JANGAN BERSIKAP TERLALU KEJAM KEPADA DIRI SENDIRI.

mulakan langkah, tutup pintu yang tidak akan berubah itu, kamu sudah berusaha sedaya upaya, namun kehidupan didalam pintu itu sepertinya tidak mahu berubah.
bukalah pintu yang baru, biar dapat merasa bahagia.

Thursday, September 6, 2012

F.A.I.R

ADILKAH
KESETIAAN 
DIBALAS
DENGAN
PENGKHIANATAN
YANG 
BERTERUSAN?


APA YANG MAMPU KAMU BUAT JIKA KAMU DAPAT TAHU SEBENARNYA KAMU DIKHIANATI DALAM DIAM?

DIKHIANATI BERKALI-KALI, DALAM DIAM.

PEDIH.

SEDIH.

SAKIT.

PERIT.

APA LAGI YANG KAMU MAMPU UNGKAPKAN?

TERLALU SAKIT BUKAN?

MAMPUKAH KAMU BERTAHAN DENGAN KESAKITAN ITU?

MASIH MAMPUKAH KAMU UNTUK MENGUKIR SENYUMAN SEDANGKAN DIDALAM HATI BERDARAH DILUKAI?

PENGKHIANATAN SUATU PERKARA YANG SANGAT SUKAR DIHADAPI DAN PERKARA YANG SANGAT DIELAKKAN.

APA REAKSI KAMU ANDAINYA KAMU DAPAT TAHU KEKASIH YANG SELAMA INI KAMU ANGGAP TERLALU MENYAYANGI DAN MENCINTAI KAMU SEBENARNYA TELAH MENGKHIANATI KAMU SECARA SENYAP-SENYAP?

JIKA SAYA, JAWAPAN SAYA LUKA. SAKIT. TERLALU SUKAR UNTUK SAYA HADAPI.
MUNGKIN SAYA PERLUKAN MENTAL DAN FIZIKAL YANG KUAT UNTUK HADAPI PENGKHIANATAN ITU.


saya tak dapat bayangkan jika bf saya melakukan itu terhadap saya.
saya tidak dapat bayangkan jika saya harus hadapi situasi yang amat menyakitkan itu.
saya mungkin tiada persediaan mental dan fizikal yang mencukupi untuk hadapi perkara itu.
saya terlalu lemah untuk hadapi ujian seperti itu.
saya khuatir saya boleh hadapi tekanan perasaan yang maha hebat.
saya khuatir hidup saya berubah dan menjadi kucar kacir jika saya hadapi itu.
semoga bf saya tidak melakukan itu.
terima kasih, assalamualaikum.