She didn't leave you for making too many mistakes. She left because you made the same mistake, too many times.

Friday, November 11, 2011

perempuan cair bilaaaa. dapat lelaki se sweet se manis niy :)

first of all Suhaida nak bagitahu yang saya copy dan paste je bnde niyh.
janganlah marah, puhliss ^_^ 
kita nak SPM kan, awak mesti faham. kan kan kan ;)
time kaseyy :) sayang awak omey angatt :D

saya nak cakap, saya nak suami macam niy boley? boley tak boleyy?
cakap boleh!! alahaaaii. fine lah, bukan susah sangat.
jadi manis semanis kismis jer pun hadduy.
saya nak suami yang bersama saya disaat gembira dan duka, disaat bahagia dan derita, di saat senang dan susah, disaat saya sedang menangis dan dye datang bagi tisu, omaygaaadd.
itu dah cukup, "omeynyew awak niy sayang!!" *sambil lempang-lempang.
tapi sayang, kenapa tisu je, saya nak bahu awak, nak menangis kesat airmata nak kesat tu,nak kesat ni, kesat semua yang meleleh tu lah. boleh tak sayang? ha? bolehh?!
serius?! weee, excited, lepah niy nangih sokmo loh aku.
okay tipu jer. terus takde sape nak kawen ngan aku kann.
aku kejar ijat satu bandar teknologi niy kalau taknak kawen ngn aku.
okay fine, itu gurau manja. tipu,tipu.
ijat tu makin dikejar makin jauh lari dia.
yelah,mentang-mentang atlet sekolah.
okay dah lari topik. hukaloh, puji bf siket dop buleh.
okay okay, bace lah niy, tak saba sangat kann.
nah, baca-baca. heee, sebenarnya saya suka bila kamu, kamu, kamu baca blog saya. terima kasih daun keladi, lainkali bertandang lagi :D

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka



Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?



Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!



Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.



Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!



Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.



Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”



Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,



“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.





Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.



Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.



Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”



Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….



Kesimpulan dalam kisah ini, janganlah bercinta kerana bersyarat, cintalah kita kerana Pencipta kita

Monday, October 17, 2011

beri aku petunjuk-Mu Ya Allah..

bukan senang aku nak pujuk hati sendiri.
tak senang.
perempuan yang dianggap kuat tu lah yang sebenarnya dah terluka teruk kat dalam.
hati dia. parah mungkin.
kita tak tahu.
kita tak rasa.
senang je kita nak cakap, kuatkan lah diri, cekalkanlah hati.
cuba kalau kamu berada ditempat saya.
bukan mudah.
satu-persatu masalah datang bergolek.
jangan merungut dengan masalah yang hadir Suhaida. jangan.
itu semua ujian untuk awak.
Allah sedang menguji awak, menguji bagaimana awak menghadapinya.
Allah juga sedang menguji keimanan awak Suhaida.
ini semua untuk menebus segala dosa-dosa yang telah awak buat sebelum ni.
jangan MERUNGUT.
kita tahu Allah dah tulis apa yang terbaik untuk kita.
Allah dah tulis segalanya.
cukup sempurna perjalanan hidup kita yg dah di tulis oleh-Nya.
jadi kenapa merungut dengan setiap masalah yg datang?
kenapa tak pernah terfikir.
layak kah kau untuk terkecuali dari mendapat ujian? Dugaan?
kau bukan seorang manusia yang suci daripada dosa.
kau tetap melakukan kesilapan, kesalahan.
Maka, ujian dan dugaan itu memang patut kau terima.
Mungkin dengan ujian dan dugaan, kau menjadi seorang yg lebih sabar, lebih tabah.
kita tak tahu.

Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur dengan ape yg telah Kau tulis sebagai perjalanan hidupku.
Aku tahu, segala yang datang, ada hikmah disebaliknya.
"Ya Allah, jika dia jodohku, berilah aku petunjuk ya Allah, lembutkan hatinya.
moga dia dapat membimbingku kejalan mu."
itu lah doaku setiap kali selepas solat.
banyak dugaan datang dalam hubungan kami, tapi apa pun yang berlaku, penghujungnya, kami tetap bersama.
mungkin, ini semua sudah tersurat.
aku mohon, Kau buka pintu hatiku untuk menerima segala petunjuk darimu. Terangi hati ku.
 
ya Allah, perkara yang aku selalu risaukan apabila hati aku gelap, gelap sampai tak nampak hidayah yang telah diberikan oleh-Nya.
aku cukup risaukan itu.
Aku bingung jika ini petunjuknya.
jika dia lah teman hidup ku.
aku bingung.
aku tak dapat menilai.
Sesungguhnya Allah Maha Besar, Dia tahu setiap suatu yang terjadi.
 
panjang suhaida merepek niy? tak, bukan merepek.
okay. maaf -.- 
 
Sebenarnya, sebelum ni, aku terlalu marah, marahkan dia.
secara tiba-tiba, aku tak dapat terima apa yang dia lakukan.
aku membenci dia.
sangat.
aku taktahu mengapa begitu mudah hati niy berubah perasaan terhadap dia.
huwm, mungkin luka yang aku rasa barangkali.
aku benci, benci kan dia.
benci ingin melihatnya, mendengar nama dia pun aku tak mahu.
terlalu benci, terlalu marah.
sampai macam tu sekali.
semalam, keluar dengan kawan dia, Eeqa.
kitorang ingat nak lepak-lepak, story mory je.
aku tahu dia kat sunway, so, rasa dia akan datang tu, takkan.
lagipula semalam hari Ahad, hariniy Isnin, confirm sangat dia ada class hariniy.
tapi, ape yang aku jangka tak betul.
kuasa Tuhan tak boleh dinafikan, Tuhan tu Maha Besar.
tiba2 dia muncul, jantung niy laju, jangan cakap.
keadaan aku masa tu tengah panas, tiba-tiba jadi sejuk badan niyh.
terkejut jangan cakap lah.
Eeqa takut aku marah dia.
Dia sampai cakap, Eeqa taktahu dia nk dtg,betul.
Sebenarnya, aku tak marah kan Eeqa, aku yang terlalu yakin dia takkan muncul sbb dia di Sunway.
itu yang buat aku marah, marah dengan jangkaan diri sendiri yang tak betul.
suasana bertukar,
kalau tadinya aku rancak bercerita dengan eeqa, dia dtg. SENYAP. SUNYI.
aku terkedu, tergamam, taktahu ape yang boleh keluar dari mulut niy.
dalam hati masih rasa marah.
tapi dah kurang sikit.
haa, dia comel.
dah, engkau kenapa tiba-tiba Suhaida?
kata marah. gila =.='
okay lepastu kami g karoke, alaaa.
bukan-bukan, eyh, betul-betul :(
sekejap je la tapii.
mungkin sebab karoke tu kami berbaik.
biase lah kan, nyanyi lagu omantik-omantik sikettt.
huwm.
sebab dia comel sangat, sebab tu berbaik.
dah sekarang lah comelnya.
baca blog kau sebelum niy??
bukan marah sangat? benci sangat?
kau nak tahu sebab apa aku boleh jadi camni?
SEBAB AKU SAYANG HUBUNGAN AKU YANG DAH 14 BULAN NIY. 
hubungan aku tak pernah menjangkau selama niy.
dia pun, tak pernah selama ni.
jadi, jangan lah nak mencarut, merungut, mengungkit, mengumpat kalau kitorang bersama balik.
yang nak marah-marah sebab sebelum niy aku kata aku benci dia sangat n sekarang dah bersama balik, mungkin sebab kau jealous kot. 
kitorang couple yang awesome kan? so jealous kan? aloloooo.
tapi untuk yang happy untuk kami sebab bersama balik tu thanks :D suka sangat.
saya pun doa hubungan awak dgn si dia kekal selamanya kayy ? :D

bergaduh tu mengajar kami, and buat kami lebih sayang dan lebih menghargai satu sama lain.
nama blog pon BITTERSWEETLIFE FROM SUHAIDA.
memang ini lah dapat dieee.
okay? :)

Assalamualaikum ;)
 
 

Friday, October 14, 2011

belajar menghargai

orang kata.
orang yang paling kita cinta tu lah yang paling kita akan benci.
betul ke?
kalau aku cakap betul. macamana?
mungkin kamu semua takkan faham kerana kamu tiada di tempat saya.
saya yang merasa, saya yang menanggung.
takpe.
nak dekat spm awak buat macam niy.
saya akan ingat.
awak baik.
tapi dalam baik2 awak, ada bisanya.
sekali awak bercakap.
walau hanya bercakap, tak perlu perbuatan.
itu pun dah sakit.
makan dalam.
hebat kan awak?
boleh hancurkan hati orang sekelip mata.
yes. awak hebat.
saya cakap awak baik sebab, awak tak curang pun.
selalunya perkara yang terlalu menyakitkan hati perempuan adalah apabila kekasihnya curang.
tapi dia tak buat begitu kepada saya.
itu kebaikan dia yang boleh saya katakan kepada kamu semua.
dia tak jahat.
jangan anggap dia jahat.
sememangnya dia lelaki yang baik.
biarlah saya yang tahu apa yang berlaku.

keputusan saya, agak mengejutkan kan?
mungkin awak tak amek kesah sangat dengan ape yg telah saya putus kan.
sebab, kejap lagi. 
saya pasti akan tarik balik.
mungkin betul.
selalunya begitu.
tapi insyaAllah, bukan untuk kali ini.

kadang2 kita kena bersyukur dengan orang yang dah sayang kita. cinta kat kita.
kenapa perlu pandang orang lain?

dalam hubungan sepatutnya kita terima setiap kekurangan dan kelebihan masing2.
bukan membanding-bandingkan.
perempuan tak suka dibandingkan. itu fakta.
fakta, tak boleh DIPERTIKAIKAN wahai lelaki-lelaki di luar sana.

JANGAN LUKAKAN HATI SESEORANG YANG DAH TERLALU MENCINTAI AWAK.
kerna bila sekali awak lukakan hatinya, luka nya sgt dalam.
sgt2 dalam. 
SEBAB, bila dia dah cintakan awak, tak pernah terlintas dalam kotak fikiran dia, awak akan lukakan hati dia. sebab tu bila awak buat, kesan nya sgt dalam.pedih kann?

okaylah, saya harap awak dapat ape yang awak nak.
saya memang tak sempurna. 
tolong, jangan cari saya lagi.
kenapa? sebelum ni bila kita contact awak sedaaaaapppp je cerita pasal perempuan perfect tu?
sekarang dah tak contact.
so, mesti sedih kan?
 "DAH TAKDE HATI DAH YANG AKU NAK LUKAKAN LEPAS NIY."
Assalamualaikum.

Thursday, October 13, 2011

boleh tak kau maafkan aku?

air mata..
tolong jangan mengalir lagi... pleasee. 
tolong.. kasihan kan aku.
aku dah penat. 
hati...
tolong jadi kuat.. pleasee. 
jadi kuat untuk aku.
untuk kebaikan aku.
maafkan aku.

aku cuma.. tak dapat jadi yang terbaik untuk kau.

maaf kan aku, untuk kekurangan aku, untuk kelemahan aku.

tolong, maafkan aku.

aku tak mampu.

tak mampu nak jadi seperti yang kau impikan, seperti yang kau harapkan.
sesungguhnya aku memang tak mampu untuk jadi wanita impian kau.

aku nak minta sesuatu dari kau boleh?

aku takut aku tak mampu bertahan,

tak mampu nak pegang tiang hubungan kita sekuat dulu.

aku lemah.

boleh tak kau maafkan aku?

suhaida, kenapa kau tak boleh jadi sesabar dulu, sekuat dulu?

kekuatan aku, dah goyah. 

kali niy aku jatuh. 

aku taknak bangun dah.

aku takut kalau aku bangun,

aku akan jatuh semula.

biar aku jatuh sementara.

bagi aku masa untuk cari kekuatan aku balik.

bagi aku masa untuk untuk terima semua niy dengan redha.

aku takut.

aku takut aku menyalahkan takdir.

aku takut kalau aku buat keputusan untuk pergi.

aku takut.
jangan pernah benci aku please? 

jika aku membenci kau,
aku akan benci diri aku dulu.
tiada apa yang kekal di dunia ini,
melainkan dengan izin Allah.

Allah penentu segalanya.

Andai takdir dah tersurat.

aku takkan menolaknya.

mungkin Allah dah takdirkan yang terbaik untuk kau.

kalau bukan aku orangnya, kau kena belajar terima segalanya dengan redha tau?

aku harap kau bahagia.

Friday, October 7, 2011

err. sedih kalau camny.

Bf : Kita main satu game nak tak ?
Gf : Game apa ?
Bf : Macam ni , esok awak jangan contact saya . Maksudnya jangan text, call or apa apa yng berkaitan lah . Saya pun buat mcam tuu dkat awak okay ? Kita tgok sape yg boleh bertahan .
Gf : Okay !

Esoknya , si Gf terpaksa lah tahan rindu dkat Bf . Mengenangkan yang ni satu permintaan , si Gf cuba kuatkan hati .

Keesokan harinya , si Gf call si Bf . Tapi tak dijwab . So si Gf pegi rumah Bf dia . Di luar rumah ,ramai orang . Dia mula rasa pelik then trus msok ke rumah . Sekujur tubuh terbaring kaku di tengah rumah . Dan tubuh tuu adalah jasad si Bf yng dah meninggal . Mak si Bf pun bagi surat dkat GF .
Surat yang bertulis :

Sayang , semlam awak dapat hdup sehari tanpa saya . Saya pasti esok dan seterusnya pasti awak dpat hidup bhagia tnpa saya . Love you ♥
 ^^aww, sebaknya macam niy. mana boley duu macam niy :( boleh hidup sehari without bf tak bermakna boleh hidup selamanya without bf. *kesat airmata dengan lengan tangan.
saya sayang boyfie saya. ecehh, nak spm makin gatal pula kau.
bukan-bukann, huwmm. 
malam tadi sedih sangat. dia suka cakap sesuatu yg saya tak jangka, hancur kejap hati niy, saya percaya kan awak, kenapa awak sanggup runtuhkan kepercayaan saya? awak tahu tak saya sayang, sayang sangat kat awak? mati hidup semula pun takkan dapat boifren macam awak, awak lain. *airmata meleleh
awak unik, awak baik, awak jaga saya dengan baik. jangan lah hancurkan hati saya dahh :( sobsobb.
awakkkkk, hubungan kita dah lama kan? lama lama lama *versi upin -ipin. gila taktahu macam mana nak hidup tanpa awak, err. betul ke? okay fine, betul. saya kenot live without you. nanti saya frust menonggeng camne? *imagine cerita hantu bonceng.
awak. saya akan tunggu sampai awak yakin kan saya. saya tahu awak boleh hilangkan keraguan saya terhadap awak.
awak, jangan pergi dari hidup saya, walau ape pun terjadi, okay? ingat tak macam mana kita menghargai satu sama lain sampai nangis-nangis? p/s : smpan rahsia kay yg baca niyh :P
huwmm, kita masing-masing hargai satu sama lain. hargai setiap kenangan. hargai semua nya. saya hargai kehadiran awak dalm hidup saya. pergaduhan banyak mengajar kita kann. kita gaduh, menunjukkan kita sayang satu sama lain. awak tahu tu kan sayang? sorry for evevrythings i did dat've been hurt you.
p/s : i miss you my handsome I.N

Thursday, October 6, 2011

sebelum break and selepas break

Time couple ' BABY ' dah break ' BABI ' .
Time couple ' SAYANG ' dah break 'BANGANG ' .
Time couple ' I- YOU ' dah break ' WA - LU ' .
Time couple ' I LOVE YOU KBAII ' dah break ' I HATE YOU CIBAI ' .
Time couple ' HI DARLING ' dah break ' BYE ANJING ' .
Time couple ' HANDSOMENYA ' dah break 'SAKAINYA' .
Time couple ' YOU LAWA LAH ' dah break ' EH SIAL LAH ' ~
#indahnyaketikaawalpercintaan ~ <3_♥
kononnyaa. 

tapi mmg normal kan,time couple sweet je, sweet mengalahkan romeo and juliet.
lepas dah break. AMEKAU!
dapat sedozen maki hamun.
tapi kenapa macam tu erk? wajib ke nak kena maki hamun bagai tuh?
tak pelik ke time couple sayang bagai nak runtuh dunia niyh, kau jelah milikku. kau sorang je dihatiku. kau segalanya, kau jantungku, kau nafas ku.
tapi break? kau ape? kau bab*??
takde lagi aku jumpa org sebab* kau.
hamboih bahasa. TAKNAK KALAH!!
kalau boleh, MENYESAL gila.
benda paling worst penah jadi dalam hidup.
ecehhhh.
ini bukan bF sayaa laa.
bf saya baikk, tp orang lain, sy pernah nampak lepas break jadi camny.
tak boleh ke kalau dah break berbaik?
apa salahnyaa?
mati ke kalau jadi kawan?
*mana boleh Suhaida, nanti teringat balik kenangan-kenangan manis bersama.
ouh? ade plak kenangan  nya? habis tuh kalau jadi musuh, tak ingat langsung kenangan tuh? mana plak kau campak kenangan tuh?! 
Ecehh Suhaida, emo semacam nampak? macam pernah lalui jerr?
hikhikk. yelahtuu. KOTT. hee.
biase lettew kann. *buat muka comel. err.

Wednesday, October 5, 2011

person who called me ''sweetie''

Give me more love than i ever had . Make it all better when im feeling sad . Make me feel special even when i know im not . Make me feel good when i hurt so bad barely gettin mad . Im so glad i found you . I love being around you . Thank you sweetie ♥
 
aku tiru ayat sape niyh? err. persetankan semua tuh! mana ade lelaki cakap sweetie - sweetie selain lelaki hot stuff tuh :) comel kann lelaki hot stuff tuh?
sebab tu aku tiru ayat dia. err. dah tipu, kbaii -________-" 

Friday, September 30, 2011

quote

When you're busy looking for the perfect person,
you'll miss the imperfect person who could make you perfectly happy.

Tuesday, September 20, 2011

its things in Life

Wounds will not heal if you urgently put band aid on it. Sometimes you just have to let it bleed, give it some space for healing.

Saturday, September 17, 2011

People messed up with my feeling then apologized.
Expecting it would go back to how it was before.
But it's never that easy.
I give second chance,
to the person who know how to appreciate it.
if you break the chance,
there's no longer chance for you.
BECAUSE you never learn from your mistakes.
I will love someone who love me.
I will appreciate people who know how to appreciate me.
until then, whatever you did, please do watch it.
just to reminds you. 
be careful with my BROKEN HEART.

Thursday, September 15, 2011

ujian Allah.

terasa sakitnyaa seluruh tubuh badan niyyy.
ibaratt, hey! awak! boleh saya pinjam pinggang awak sekejap?
ye, sekejap sahaja.
ergghhhhh!!!
tak bangun dari katill. huwmm. mmg tak mampu nak brergerak dah.
online dan update blog niyh??
ye ye saya mampu.
tapi kannn. tengah bergolek atas katil niyhh.
saya pun bukak lah mcj yg lama-lama tuh. 
saya jumpa niyh.
"Tidaklah seorang Muslim ditimpa keletihan atau kerisauan atau kedukacitaan atau penyakit atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan PENEBUS kepada dosanya.."

jadi tahu lah aku setiap ujian yg Allah berikan niyh. mesti ade hikmah disebaliknya. bersabar dan bertahan sahajalah suhaida.
Aloloooo. jangan sedih okayy!! 
suhaida kena kuat. esok banyak open house nak kena pergi. orang dah jemput kan. hewhewheww :P

Thursday, September 8, 2011

exam..

hyeeeeee :D 
alolohh, terover plakk.
sekarang aku tgh trial. seram tak? seramm okay, mcm tgk scary movie.
ya Allah, takut, nervous, seram sejuk, semua ade. macam tggu org dtg nk masuk meminang.
Macam tu lah nervous dia.
hamboih, jauh tersimpang kak?
itu contoh yg paling mudah utk difahami.
Eceehhh.
tapi macam mana scary pun aku tetap bersemangat nak trial.
terasa seperti mahu berjuang habis - habisan.
yeke Suhaida?
ke cerita kau jeee tu?
Eh, saya semangat okayy!!
tu yg smpai update blog tuh, terasa semangat membakar - bakar tubuh kecil ini.
dah lah,kalau merepek. bagi kat kau! 
harini exam mathematic,
Alhamdulillah, saya mampu menjawabnya dengan baik :)
sambil senyum sorang2 lagi masa jawab paper tu :)
kita senyum kat paper tu, nanti markah paper tu senyum kat kita balik.
MACAM TU CITE DIE. hewhewhew. *gelak gedik
kawan2 seangkatan saya memberi nasihat.
jawab kena confident.
tapi jgn riak takbur belagak plakk, bajet cakap dah pandai sgt.
sbab kalau Allah nak tarik nikmat tu, bila2 masa je boleh.
dapat paper terus blur tatahu ape nak jawab.
saya pernah kena macam tu.
jadi, jagalah hubungan kita dgan Allah, nescaya Allah akn menjaga segala takdir dan susun atur hidup kita, InsyaAllah :)

Tuesday, September 6, 2011

saya jumpa nurul :)

saya..saya sayaaaa jumpa nurul!!!!
sangat rindu dia. dan sangat sayang diaa.
mane boleh tak sayang dia.
masa tinggal kat asrama dulu kami tidur sekatil. haa.
omantiknyewww ;)
masa sampai je rumah dia.
peluk - peluk macam nak nangis,.
tapi tak nangis, cover.. coverr.
haha. malu ah nangiss. kannnnn :)

nuyul omeynyeww :)
masa kecik- kecik dulu dia kembar saya (dah menipu dah niyh) hehee.
muka kami sama kan?
dia comel, saya tahuu :)
happy jerr jumpa dia. bape tahun tak jumpa, sape tak happy derr.
kalau boleh nak stay rumah dia. dan tidur sama-sama lagiii.
eh, bukan lessy. tapi kawan baikk :)

jumpa dia takdelah lama sangat.
saya jelous org lain ade gmbar rayaa.
so, gedik nak upload jugak lah.
raya ke-5 sebelum saya balik Kajang.


dah lah tu. over acting lah pulakk..
huwm. just nak bgtahu saya suka jumpa nurul :)

Sunday, August 21, 2011

pelajar UIA mimpi berjumpa Rasulullah


copy dari : http://ustazshukriharun.blogspot.com/2010/01/kisah-jumpa-rasulullah-pelajar-uia.html Assalamualaikum


Di bawah ini satu article yg amat mengharukan jiwa, salah seorang rakan saya yang juga ahli lembaga pengarah sekolah ilmi telah mengirimkannya kepada saya. Bila membacanya, terasa juga akan keindahan kisahnya, mungkin ia lebih berkesan lagi, kalau dipanjangkan kepada rakan-rakan melalui blog saya ini. Semoga penulis article dan juga teman yang terlibat dengan kisah ini, memberikan saya keizinan menerbitkannya.


Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu’alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.


Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu’alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.


AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.


Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.


Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.


Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu’alaihiwa sallam sendiri”.


Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.


Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, Ana RasuluLlah”. SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” , -’sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi’-. Allahuakbar.


Kemudian Baginda Nabi SallaLahu’alaihiwas allam berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” , – sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar’. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh ‘alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul ‘arabiyah, tp kami terjemahkan) , “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana” . Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya ‘Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda’. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.


Kemudian Nabi katakan, “Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti” . Lepas tu Nabi kita lafazkan, “Ummati.., ummati.., ummati…” , dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda.


 Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, “Jgn pergi Ya RasuluLlah” , tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi
kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau…xtaulah, waLlahua’lam. ..


Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jgn pergi Ya RasuluLlah.. .” . kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu’alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.


Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.


Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. ‘Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu’alaihiwa sallam’.


Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah…” . kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, “Assalamu’alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu’alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. “Nahnu khulafa’ ar-rasyidin” . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali “. SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.


Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan “Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.” . kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:
” Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘ sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir’. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu”.


Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar” . Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.


Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh” . Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata’ ala. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni’mat yang Engkau berikan” .


Beliau katakan pada kami, “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; “tak rugi kita bersabar…”
 
p/s : thanx to Ezzahada sebab bagi copy :)