She didn't leave you for making too many mistakes. She left because you made the same mistake, too many times.

Tuesday, September 11, 2012

KARMA

Semakin hari aku semakin tidak faham dengan permainan dunia.
aku semakin tidak mengerti akan pengertian KARMA.
Suatu perkara yang telah kita lakukan di masa lalu akan kita dapat semula pada masa akan datang. Namun itu semua kerja Tuhan dalam erti kata lain biar balasan tu datang dari Tuhan sendiri.

Siapa kita sebagai manusia untuk membalas?
siapa kita sebagai manusia untuk mempertikaikan keadilan sesuatu kejadian itu?
kita tiada hak membalas.
kita tiada hak untuk mengatakan masa lampau seseorang itu adalah suatu yang tidak adil.
pembalasan bukan dari manusia namun dari Allah.
Allah berhak diatas suatu kejadian itu. 
Namun tahukah kita bagaimana Allah memberi kita pengajaran yang setimpal dgn perbuatan kita? Kita tidak akan tahu.
namun kita mungkin dapat merasakan.
Allah ada suatu yang baik untuk kamu jika kamu rasa dunia itu tidak adil.
Allah telah tulis perjalanan hidup kamu.
terima takdir Allah, percayakan Qada' dan Qadar seperti mana kita percayakan lima prinsip-prinsip asas akidah ISLAM dimana itu asas yang patut kita pegang kukuh agar dapat membentuk akhlak kita sebagai muslim sejati.

Namun, jika ditakdirkan kamu dilanda ujian yang kamu rasa maha hebat, yang tak mampu utk kamu hadapi, percayalah ada hikmah disebalik semua tu.
bukan cakap kosong.
tapi. manusia memang akan dilanda ujian. cuba ambil ujian itu dari sudut positif.
set dalam minda.
"ALLAH PUNYA YANG LEBIH BAIK UNTUK AKU, KERANA ITU DIA BERI UJIAN SEBEGINI"
insyaAllah, Allah punya yang lebih baik untuk kamu.

Jangan sentiasa bersedih untuk suatu perkara yang sentiasa melukakan.
Namun jika kamu diberi kelukaan di yang sama, ditempat yang sama oleh perkara yang sama secara BERTERUSAN, tidak kah kamu terfikir, itu adalah petunjuk Allah, Allah dah bagi hint,
mungkin itu bukan yang baik untuk kamu. mungkin ia tidak ditakdirkan untuk kamu. 

Jika kamu tidak menutup pintu yang sentiasa melukakan, dan tidak cuba untuk membuka pintu yang baru, jadi bagaimana untuk kamu kecapi kehidupan yang baru?
sampai bila kamu mahu menatap lama pada pintu yang sepatutnya sudah kamu tinggalkan kerana kehidupan di dalam pintu itu nampak nya seperti tidak menyayangi kamu langsung, seperti tidak beri kamu tinggal di dalamnya. Pintu itu seperti menghalau kamu keluar, sampai bila mahu menyakiti diri sendiri? tidak kah kamu menyayangi diri kamu?
jika bukan kamu yang sayang akan diri kamu, siapa lagi yang akan lebih sayangkan kamu?
cuba muhasabah diri. fikir sejenak.
mengapa sanggup tinggal di dalam keadaan yang kamu tahu akan sentiasa melukakan.
keadaan yang kamu tahu sepertinya ia tidak akan berubah,
setelah bertahun kamu di dalam pintu yang sama dan sepertinya tiada perubahan. apa yang kamu tunggukan lagi?
tunggu sehingga menyeksakan diri dan sepertinya tiada ruang lain lagi yang boleh membahagiakan?
manusia semua berhak mengecap bahagia, namun terpulang pada individu itu sendiri.
sama ada dia mahu keluar dari ruang yang tetap sama, tiada perubahan, sentiasa melukakan, atau mahu keluar dari ruang itu namun cuba mencari ruang yang baru.

BERI PELUANG KEPADA DIRI SENDIRI UNTUK MERASA BAHAGIA.JANGAN BERSIKAP TERLALU KEJAM KEPADA DIRI SENDIRI.

mulakan langkah, tutup pintu yang tidak akan berubah itu, kamu sudah berusaha sedaya upaya, namun kehidupan didalam pintu itu sepertinya tidak mahu berubah.
bukalah pintu yang baru, biar dapat merasa bahagia.

Thursday, September 6, 2012

F.A.I.R

ADILKAH
KESETIAAN 
DIBALAS
DENGAN
PENGKHIANATAN
YANG 
BERTERUSAN?


APA YANG MAMPU KAMU BUAT JIKA KAMU DAPAT TAHU SEBENARNYA KAMU DIKHIANATI DALAM DIAM?

DIKHIANATI BERKALI-KALI, DALAM DIAM.

PEDIH.

SEDIH.

SAKIT.

PERIT.

APA LAGI YANG KAMU MAMPU UNGKAPKAN?

TERLALU SAKIT BUKAN?

MAMPUKAH KAMU BERTAHAN DENGAN KESAKITAN ITU?

MASIH MAMPUKAH KAMU UNTUK MENGUKIR SENYUMAN SEDANGKAN DIDALAM HATI BERDARAH DILUKAI?

PENGKHIANATAN SUATU PERKARA YANG SANGAT SUKAR DIHADAPI DAN PERKARA YANG SANGAT DIELAKKAN.

APA REAKSI KAMU ANDAINYA KAMU DAPAT TAHU KEKASIH YANG SELAMA INI KAMU ANGGAP TERLALU MENYAYANGI DAN MENCINTAI KAMU SEBENARNYA TELAH MENGKHIANATI KAMU SECARA SENYAP-SENYAP?

JIKA SAYA, JAWAPAN SAYA LUKA. SAKIT. TERLALU SUKAR UNTUK SAYA HADAPI.
MUNGKIN SAYA PERLUKAN MENTAL DAN FIZIKAL YANG KUAT UNTUK HADAPI PENGKHIANATAN ITU.


saya tak dapat bayangkan jika bf saya melakukan itu terhadap saya.
saya tidak dapat bayangkan jika saya harus hadapi situasi yang amat menyakitkan itu.
saya mungkin tiada persediaan mental dan fizikal yang mencukupi untuk hadapi perkara itu.
saya terlalu lemah untuk hadapi ujian seperti itu.
saya khuatir saya boleh hadapi tekanan perasaan yang maha hebat.
saya khuatir hidup saya berubah dan menjadi kucar kacir jika saya hadapi itu.
semoga bf saya tidak melakukan itu.
terima kasih, assalamualaikum.

Saturday, July 28, 2012

April

Hari ini adalah hari sabtu. satu beban saya dah lepas pabila saya selesai menjawab test account dari uitm semalam. alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. saya tawakkal je, sebab saya dah berusaha :)

Hari ini pula pada jam 8:30pagi tadi, saya ade test AIS (computer).
boleh lah kott, banyak hentam kott. errr =.="

Permulaan hari saya pada pagi ini baik, sangat baik. happy, bahagia. namun, langit tak selalunya cerah. kita tak dapat duga bila hujan di tengah hari. so tengah hari saya hujan sekarang ni. hujan dengan airmata. eh, superb kan? opkos superb. dah lama tak hujan pipi ni. tapi harini hujan plak. chill lah chill. suhaida kuat, takde hal lah. 
hati ni sampai dah lali dengan rasa terluka. sampai takde airmata nak ditangiskan bila dah terlalu banyak terluka sangat.

tapi saya akui, bahaya bila hati saya terluka, bila terlalu banyak terluka. sangat-sangat bahaya. bahaya untuk diri saya, dan bahaya untuk org yg telah melukai hati saya. sebab perasaan sy semakin pudar. semakin pudar.
bila hati kita terluka. kita akan bertanya kepada diri sendiri "kenapa dia sanggup lukakan hati aku? adakah dia tidak menyayangi aku? kalau sayang takkan dia sanggup buat macam nii? tapi dia kata dia sayang, dia cinta. betul ke dia sayang, dia cintaa? kalau betul kenapa luka yang dia bagi? ataupun itu cara terbaru untuk menunjukkan rasa sayang dan cinta? dengan cara melukakan hati org yg dia sayang?"
yes, ini selalu nya soalan yg bermain difikiran aku bila aku terluka. tak ada lain. tapi sampai sekarang tak pernah berjawab.

okay tak kisah, dah biase sebenarnya terluka, kan saya dah cakap. dah lali. persoalannya sekarang, APA YANG SAYA BUAT BILA SAYA TERLUKA?
itu persoalannnya. sebab itu penting. sangat-sangat penting. bila hati dah terluka, kita pun jatuh, tersungkur, menangis, melalak tak ingat dunia. ingat nak mati jee. padahal tak cukup amal lagi nak mintak mati bagai.

saya ada APRIL. so this is my April, my baby sugar glider, i heart you sayang <3
April adalah tempat saya mengadu menangis meraung. bila kita sedih terluka, kita perlukan tempat mengadu bukann? tapi tak semua kita boleh mengadu kat orang, ada benda yg kita kena simpan, takut membuka aib orang lain. so cara terbaik adalah mengadu pada April. jangan fikir sebab dia haiwan, dia taktahu perasaan manusia. kadang-kadang haiwan lebih fhm perasaan manusia berbanding manusia tu sendiri. 

Saya selalu menangis sambil pegang April. mengadu kat April setiap suatu. April ni nakal, tak reti duduk diam dia. tapi bila saya mengadu pada dia. dia tahu duduk diam dlm genggaman saya. dia pandang saya. masa mula2 saya mengadu pada dia, saya rasa terharu. "eh April duduk diam2 pandang jee aku bila aku mengadu kat dia?" saya rasa sangat2 terharu, haiwan pun faham perasaan manusia. since saya tengok reaksi pertama dia macam tu, sejak lepas tu setiap kali saya terluka, April adalah benda pertama yg saya akan cari. dia tempat mengadu saya,tempat saya lepaskan tangis saya. walaupun dia haiwan, saya rasa dia sangat faham perasaan saya. 

tapi pabila saya di asrama, April tiada untuk dengar tangisan saya, dengar aduan saya, pandang saya seolah-olah dia nak bagitahu dia faham saya. april tiada sewaktu sy di asrama. so sakit sikit lah nak ubat luka sendiri ni bila tiada tempat mengadu. sakit weyh sakit. seriouss. 

APRIL, imissyou. imissyou so much. kamu benda paling comel paling penting paling saya sayang. tiada siapa dapat ganti tempat kamu setelah kehadiran kamu dalam hidup saya nii. tiada siapa dapat ganti tempat kamu. 
saya update blog ni untuk kamu sebab kamu tahu apa? KERANA SAYA SEDANG TERLUKA. 

ILOVEYOU, SAYANG. no one can replace you and i don't know how it feels when one day i have to lose you.

Tuesday, July 17, 2012

what makes me happy

Semenjak tinggal di hostel ni saya sangat rajin update blog ye.
Dah sampai masa saya belai beri kasih sayang kepada blog saya ini setelah sekian lama ditinggalkan pergi oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. :)

HARINI SERONOK. SANGAT-SANGAT SERONOK.
PLEASE REMEMBER TODAY'S DATE 17th SEPTEMBER 2012 sampai bila-bila.
saya akan ingat :') wee :D (joget-joget)
Tapi cerita harini biar sampai harini.

Saya sedang kecewa sekarang ni, kecewa kerana crush saya telah crash kan hati saya :( kenapa awak ade gf? boleh tak jadi saya punya? 
Atleast kalau tak boleh jadi saya punya pun tolong jangan ada gf, sebabbb, saya takde bf :( 
woi Suhaida!! dia crush kau je kan. lantak dia lah nak ade gf ke apa.
ye aku tahu aku takde hak nak halang dia.
tapi hati aku ni siapa nak ubat? 
walaupun luka nya tak lah terlalu dalam, tapi terguris gak weyh.
SAYU, PILU hati gua ni :"( 

err. aku agak aku patut berhenti sebelum aku merepek lebih jauh dan lebih menyakitkan hati sendiri. saya okay lah awak, saya okay. Saya doakan awak bahagia. selamat malam awak :'(

Monday, July 16, 2012

sakit adalah ujian

Harini, 16 Julai 2012 tepat jam 11:05malam saya meng-update blog ini, dengan penuh rasa kesabaran.
saya tahu kesakitan yang saya rasa adalah ujian. UJIAN pula adalah suatu dugaan yang Allah beri kepada kita dalam proses menghapuskan dosa-dosa kecil kita.
namun saya tak kuat, saya merungut.
kalau boleh minta mati , tarik nyawa ni segera. Allah sahaja tahu bagaimana sakitnya.
berdosa merungut, namun saya tak sedar. 
jahil nya saya, tak tabah hadapi ujian, merungut. jahil sungguh saya.
kenapa awak hanya pandang dari sudut negatif sedangkan banyak juga sudut positif yang awak boleh nampak Suhaida? sesugguhnya lumrah manusia memang tidak tahu bersyukur.
 hari ini adalah hari isnin. saya pulang ke asrama semalam, hari Ahad.
saya alami sesuatu yang sudah lama saya tidak lalui , mungkin sudah bertahun saya tidak lalui saat itu.
saya tahu ibu bapa kita marah kita bersebab. sebab mereka sayang. jika tidak, lantak kamu lah nak buat apa. nak merempat, nak rosak, takde masa depan, lantak kamu lah. tapi ibu bapa ni sayang akan anak-anak mereka. tidak akan sanggup mereka biar anak mereka tidak bermasa depan, rosak akhlaknya, buruk akidahnya. mereka mahu dan akan pastikan anak mereka bakal mempunyai masa depan yang cerah. PASTI, semua ibu bapa begitu.

namun awak, yang menanggugnya adalah saya.
yang merasa sakitnya adalah saya.
yang mengalir airmata itu adalah air mata saya. bukan AWAK.
maka memang saya sedia maklum bahawa awak tidak akan faham situasi saya. 

seperti yang saya katakan , saya janji saya akan tunggu awak sehingga awak betul2 bersedia.
saya akan tunggu. namun pada masa itu, saya tidak mahu perkara yang lepas berulang lagi, saya tidak mahu.
biarlah pabila awak membuat keputusan, dan awak sudah benar bersedia, insyaAllah kita tidak akan mengulangi kesalahan yang sama untuk menjaga hubungan ini. InsyaAllah.
jadi seperti yang sudah saya katakan.  
saya akan beri awak masa, dalam masa itu saya tidak akan halang setiap tindak tanduk awak, saya janji. saya lihat dari jauh sahaja. namun untuk kita berjumpa dan berhubung seperti dahulu memang tidak. kita akan berjumpa dan berhubung seperti dahulu pabila awak sudah membuat keputusan awak.
saya tidak meletak harapan yang tinggi, saya tidak akan putuskan hubungan persahabatan kita seandainya antara kita memang tiada jodoh. cuma, hubungan kita tidak boleh jadi seperti dahulu. 
 saya harap awak faham, saya perempuan, punya perasaan, sangat beremosi, bagaimana untuk berlakon saya okay BERKAWAN dengan awak sedangkan dahulu kita pernah hidup bersama dan mengukir pelbagai kenangan. saya tidak kuat untuk berlakon dan menganggap semua itu hanyalah kenangan sahaja dan saya boleh pretend semuanya okay. saya tidak sekuat itu AWAK.

maka dengan itu, saya ingin awak mengambil sebanyak mana masa yang awak perlukan. fikirkan setiap satu kenangan kita. tanya diri awak, adakah awak boleh hidup tanpa saya? kerana saya telah bertanya kepada diri saya dan jawapan saya adalah tidak. TIDAK MUNGKIN UNTUK SAYA HIDUP TANPA AWAK. SAMPAI BILA-BILA TIDAK AKAN MUNGKIN UNTUK SAYA LUPAKAN AWAK, LUPAKAN SEGALA KENANGAN KITA.

saya tunggu awak, tapi ingat! ini bukan suatu paksaan, dan saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. selagi saya masih bernyawa, saya akan kotakan janji saya. SAYA AKAN TUNGGU AWAK. namun! namun jika awak tidak mahu saya untuk menunggu awak, beritahu saya. saya akan faham dan respek keputusan awak :)

assalamualaikum dan terima kasih :') 

Tuesday, July 3, 2012

3 JULAI 2012

Hari ni saya rasa sangat gembira dengan keputusan quiz account saya.
starts from now on, every improvements from me is for my dad.
Kasihan abah, sampai bila saya nak kecewakan dia? tak habes2 lagi zaman sekolah kecewakan dia?
Biar orang taktahu apa kita rasa, tapi kita kena sedar apa yang patut kita sedar.

dan harini adalah hari saya lepaskan semua ikatan saya.
Saya tahu Allah dah beri saya jawapan apa yang saya mahukan.
dan saya tahu Allah tahu apa yang lebih baik untuk diri saya.
namun, semoga hati ini terbuka untuk dia semula.
itu sahaja yang mampu saya doakan. maafkan saya kerana perasaan yang semakin pudar ini. ia dibawah kawalan saya.

"kita tak boleh nak paksa perasaan orang terhadap kita"

semoga apa yang awak impikan dapat awak kecapi. dan semoga ada yang lebih baik datang dalam hidup awak.
maafkan saya.

Assalamualaikum 

there would be no sunshine after this.

Assalamualaikum. Saya dah janji untuk bercerita.

Dan sekarang saya akan cerita. Saya tahu Allah sahaja yang tahu apa dalam hati saya. Allah tahu siapa orang-orang yg saya sayang, saya cinta dan saya kasihi. Ustazah kata, kasih adalah melebihi rasa cinta. Saya kasihkan kedua ibu bapa saya. Tapi saya cintakan seseorang yg telah membimbing saya selain dari kedua ibu bapa saya.

Bukanlah mudah bagi saya sebagai seorang perempuan untuk jatuh cinta. Namun saya mengaku, sangat mudah untuk saya menyayangi seseorang. Namun untuk memberi hati ini, tak semudah yang disangka. Sayang senang, cinta? Biar saya fikirkan dulu. Lahh, over nye suhaida? Mahal sangat ke cinta kau tuhh? Cinta tak boleh dibeli dengan wang ringgit kay. Kalau bf awak anak dato’ sekalipun lah kann. Dia bagi awk kereta mewah, shopping mewah, apa awak nak dia tunaikan. Itu semua tak cukup membahagiakan sebenarnya, bila dah kaya, ramai yang nak, susah untuk dia setia. Awak bahagia ke kalau awak niy gf ke-7 ke-8 ke-10 diaa? Bahagia kah awak? Kalau awk kata bahagia tu sebab awk pandang duit dia lettew :P  

   Okay, saya tahu saya dah lari topik. sangat jauh saya lari dari topik ni, sampai tercungap-cungap penat sangat berlari.

Saya kenal seorang lelaki. Saya sangat mencintai dia, kerana saya cintakan sikapnya. Dia bimbing saya, dia mematangkan saya. Dia banyak ajar saya tentang kehidupan ni. Dia adalah pemangkin saya. Namun saya tidak berjaya menjadi pemangkin dia. Saya selalu kecewakan dia, saya jatuh kan dia. Saya buat dia tersungkur, bila dia jatuh tersungkur, saya biarkan dia, saya biarkan dia untuk bangun sendiri. Saya tahu, saya kejam. Saya tahu saya tak layak untuk dia. Saya sedar dia yang TERBAIK untuk saya, dan saya sedar juga bahawa saya bukan yang terbaik untuk dia. Dia berhak dapat yang lebih baik. Saya lepaskan dia pergi, saya redha. Walau dalam hati tetap ada rasa untuk memilikinya lagi, tapi saya tahu, saya tak layak. Saya tak boleh pentingkan diri, saya bukan yang terbaik untuk dia.

Hubungan yang direstui oleh kedua ibu bapa saya ni, putus di tengah jalan. Apakan daya, saya terpaksa lepas kan dia. Saya tak sanggup untuk lukakan dia lagi. Saya taknak dia jatuh lagi, saya tahu saya tak akan berada disisi dia saat dia jatuh tersungkur, sebab saya pentingkan diri sendiri. Sebab saya tak pernah fikirkan perasaan dia. Saya tahu peluang untuk saya bersama dia lagi sangat tipis. Saya kena belajar hidup tanpa dia. Kalau kau sayang dia Suhaida, tolong lah lepas kan dia, kau boleh tengok dia dari jauh, kau boleh tengok kehidupan dia yang bahagia tanpa kau. Kau tak mampu bahagiakan dia. Aku tahu kau pedih, bukan senang, aku tahu. Tapi ini semua berpunca dari sikap kau yang pentingkan diri jugakk.

“kalau kita sayang seseorang tu, lepaskan lah dia, jika kehidupan terbaik dia  bukan dengan kita “

Dan saya sedang melakukan itu dan saya sedang bangun sendiri tanpa bantuan sesiapa sebenarnya. saya tahu dia yang terbaik untuk saya. Malah saya tahu saya takkan dapat lelaki sebaik dia dah lepas ni. Awak banyak bimbing saya. Awak banyak mengajar saya. Awak tahu saya sayangkan awak, dan awak tahu awak adalah pemangkin saya. Walaupun hubungan kita tidak bertahan lama, tapi saya cuma nak awak tahu, awak seorang sahaja yg berjaya buat saya cintakan awak sedalam ni. Awak seorang sahaja yg berjaya buat saya sedar dan ubah cara hidup saya, dan awak seorang sahaja yg tetap ada dalam hati saya sampai sekarang.
Matahari tak akan bersinar lagi lepas ni tapi saya tahu matahari tu masih wujud. Cukup lah sekadar saya tahu matahari tu masih wujud.

Terima kasih. Assalamualaikum :’)

Wednesday, June 27, 2012

Sesuatu yang menyedarkan saya.

Assalamualaikum. Tak jawab salam dosa kayyy. Hikhikk :D Saya tahu saya dah lama tak update blog. Memandangkan sejak kebelakangan ini corak kehidupan saya sudah banyak berubah berbanding dahulu. Ecehhh. Saya sudah menjadi pelajar kolej. Busy bak angg. Masa untuk diri sendiri pun susah nak cari, apatah lagi meng-update blog. Maafkan saya. “ecehh, macam ade orang je nak baca blog kau sue.” Okay lah, itu perasan kann.

Semasa kemasukan saya disini. Saya menggalas satu beban dan waktu itu, luka dihati masih belum sembuh.

Beban yang saya maksudkan adalah TANGGUNGJAWAB saya sebagai seorang kakak yang sulung untuk belajar rajin2 dan menggenggam segulung diploma. Itu harapan mama dan abah saya. Pasti semua ibu bapa begitu kann. Saya yakin.

Kita digendong oleh ibu, kehulu-kehilir selama 9bulan2minggu. Ibu membawa kita didalam perut dengan penuh sabar. Kita bergerak, menendang-nendang perut ibu. Ibu sakit, namun ibu tahu dia harus kuat untuk melahirkan cahaya matanya. Tak sabar ibu dan ayah nak menunggu anaknya melihat dunia. 

Fasa pertama, (ibu mengandungkan kita) semasa di dalam kandungan lagi ibu dah berkorban macam2 untuk kita. Membawa kita kesana kemari, perut semakin hari semakin besar, semakin berat, sakit yang ditanggung bila kita menendang-nendang perut dia, hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu, namun ibu bahagia, kerana kita bergerak, ibu tahu kita melakukan komunikasi dengannya. Ibu gembira, ibu cerita pada ayah, ayah pegang perut ibu sambil tersenyum bahagia. Ayah juga berkorban, tapi apa pengorbanan ayah? Ayah berulang-alik pergi ke kerja, mencari rezeki halal demi anaknya yang bakal lahir, ayah tahu, kos bersalin bukan lah murah, ayah korban. Pernah ke kita terfikir bagaimana ayah kita bangun pagi, setiap hari, pergi ke kerja. Pernah ke kita fikir bagaimana perjalanan ayah ke tempat kerja? Mudah ke? Dekat sangat ke? 5minit je dah boleh sampai macam tu?

Cuba letak diri korang kt tempat ayah, bangun setiap hari pagi2 pergi kerja, berulang-alik ketempat yg sama setiap hari, balik malam.esok ulang benda yang sama, mesti penat kann? AYAH KITA PENAT. LETIH. Tapi ayah kita tahu dia perlu berkorban untuk anak2 dia, dia kepala keluarga, kalau bukan dia siapa lagi, ayah cuba buat yang terbaik untuk kita.Cuma kita je yg tak pernah sedar, tak pernah cuba nak berada ditempat dia. Kita taktahu menghargai.


Fasa yang kedua adalah saat kita ingin melihat dunia. Ibu sudah menangis menanggung kesakitan. Ibu berkorban lagi demi anak yang bakal dilahirkan. Jika ibu yang melahirkan  kita secara normal, ibu meneran melahirkan. Senang ke meneran tu? Sakit, ibu berkorban lagi. 

Kalau ibu yang melahirkan secara operate? Disebabkan masalah2 tertentu? Tak boleh nak bersalin normal, bagaimana? Operate perut ibu, guna alat yang TAJAM, kita keluar dari perut ibu. Ibu DIJAHIT SEMULA perutnya. Tapi lepas ibu sedar, ade ibu marah korang, taknak bagi minum susu,marah-marah sebab sakitkan dia. Dari korang dalam perut sampai lahir sakitkan dia. Takde ibu yang macam tu, tiada ibu yang marah-marah. Semua ibu bila dah lihat anak yg dia bersusah payah lahirkan , dia gembira, dia bahagia, segala kesakitan yang dia alami, hilang sekelip mata. Dia bahagia dia berjaya melahirkan kita. Walaupun sebenarnya dia bertarung nyawa semasa melahirkan kita. Dia tetap boleh tersenyum semasa melihat kita. Begitu juga ayah, ayah risau ibu nak melahirkan kita. Tak duduk diam ayah kat luar menunggu kita. Ade ke ayah yang sempat lagi berjoli, padahal isteri dia dah nak bersalin ni, tapi dia relax dulu. “Alahhh, mesti selamat punya takde benda lah tuu. Alah, beranak je pun, nak risau apa?” eh takde ayah macam ni kay. Tak ada. Waktu ibu melahirkan ayah tak keruan, dia risau. Tak boleh duduk diam, kalau boleh taknak makan, taknak minum sebab risau isteri dia nak melahirkannn.

Bila kita dah lahir, ayah bagi pakai, minum, makan, tempat tinggal. Ibu layan karenah kita, menangis tengah2 malam, nak susu. Setiap tengah pagi mesti bangun, ibu dan ayah bergilir-gilir ganti jaga kita. Ibu mandi kan bagi makan. Dari dalam perut, melahirkan sampai dah lahir dah pun, ibu dan ayah kita tetap berjasa kepada kita, berkorban itu dan ini SAMPAILAH SEKARANG. Pengorbanan ibu dan ayah kita tak pernah putus.

Dengan apa yang dah saya cerita, apa lagi alasan korang untuk berkorban, belajar? Ibu dan ayah ni hanya nak lihat ank-anak diorang Berjaya sahaja. Diorang dah besarkan korang, berkorban macam2, dari dalam perut sampai lah sekarang, mampu ke korang balas semua jasa diorang tu? Dengan jutaan ringgit sekalipun tak terbalas lah jasa diorang tu. Diorang hanya nak kita BERJAYA. Apa salahnya, kita berkorban sikit, nak gembirakan ibu, ayah kita? Diorang cuba tunaikan apa yg kita nak, kita minta. Diorang cuba untuk penuhi sedaya upaya diorang. Korang pun cubalah penuhi apa yg mereka mahu, mereka tak minta rumah banglo, kereta audi , iphone 4s/5s bagai. Mereka nak korang berjaya je. Fikir-fikirkan lah, renung-renungkan. Memang tak senang belajar, tapi usahalah. 

Apa yang saya katakan ni, sebenarnya banyak untuk diri sendiri, muhasabah diri, kalau saya tak fikir macam ni, macam mana saya nak berjaya, siapa yang nak sedarkan saya, kalau bukan diri saya? Saya tahu keluarga saya bukan orang yg senang, saya dah besar, saya harus berkorban, saya hanya nak lihat ibu bapa saya bangga dengan saya, saya nak ubah keluarga saya. Itu adalah impian saya. Dan InsyaAllah, saya akan berusaha untuk penuhi impian saya ni.

 
Dari awal saya dah maklum kan, saya masuk belajar disini dengan menggalas satu TANGGUNGJAWAB, namun LUKA DIHATI MASIH BELUM SEMBUH. Tanggungjawab yang saya maksudkan , sudah pun saya cerita. Luka dihati yg saya katakana saya belum cerita, namun saya janji selepas ini sy akan cerita tentang luka dihati yg belum sembuh. Memandangkan saya sibuk kann. Lek luu. Sabar, tak kemana blog Suhaida ni. Tak lari pun. Tinggal update dengan tak update jee. Hee :D

terima kasih awak kerana meluangkan masa membaca entry saya :D 

Saturday, April 28, 2012

Jika Hati Ini Mampu Berkata

Aku lebih rela tidak berperasaan daripada sakit begini.
Sungguh ya Allah.
Matikan perasaan ku ini ya Allah.
aku sudah tidak sanggup.
Aku tidak kuat.
Aku terlalu lemah.
Jika aku harus menanggung rasa terluka yang maha hebat ini, maka aku rela, kau tarik lah perasaan ku ini ya Allah.
Sakitnya ya Allah.
Menangis air mata darah sekalipun tak mampu mengubati luka yang dalam ini.
Disini, aku tidak punya sesiapa.
Aku tidak punya teman yang rapat.
Yang boleh berkongsi suka duka, ketawa ria bersama.
Jika aku punya teman untuk mengadu bercerita, tidak lah separah ini luka hatiku.
 
Keluarkan lah aku dari tempat ini.
Bawa aku jauhh dari sini.
Aku perlukan ruang, aku perlukan ketenangan.
Jika ini yang patut aku bayar untuk menjadi yang terbaik, aku mengalah.
Sungguh, sakit rasanya untuk menjadi yang terbaik.
Terasa longlai langkah ku.
Terasa sejuk seluruh badanku.
Terasa berdarah luka ku.
Pipi ku dibasahi airmata.
Airmata yang turun mencurah seolah tiada rasa belas kasihan kepada tuan nya.
Apakah terlalu perit luka yang ditanggung oleh hati sehingga mecurah seakan air yang mengalir air mata ini? Adakah terlalu perit luka ini wahai hati?
Jawab persoalan ku.
Mengapa tidak mahu berhenti mengalir airmata ini?
Arrrggghhhhhhh!!!!!
Pelbagai persoalan yang kuajukan kepada hati ku.
Namun, hati ini tidak mampu mengadu sakitnya.
Jika hati ini mampu berkata-kata, agaknya sudah dipinta agar aku tidak membiarkannya terluka lagi.
Namun bukan pintaku juga kau terluka wahai hati.
 
Ujian demi ujian datang menguji keteguhan iman ku.
Aku sedar, tidak seharusnya aku meratap menyalahkan apa yang telah Allah takdirkan kepadaku.
Namun hati ini terlalu parah luka nya.
Serasa tidak mampu untuk aku bangun menghadapi hari esok.
Jika mampu aku berkata.
Aku tidak mahu lagi hati ini dilukai.
Serik rasanya.
n
Namun kata-kata itu hanya terluah di dalam hati. tak mampu rasanya untuk meluahkan.

Monday, April 23, 2012

ya Allah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Ya Allah Ya Tuhanku.

aku memanjatkan doaku kepadamu Ya Allah.

aku bermohon, Jika dia telah Kau tetapkan sebagai jodohku Ya Allah, kau jadikanlah dia ikhlas dalam sesuatu, kau berikanlah dia kesabaran dalam menghadapi sesuatu.

Namun jika bukan dia yang telah Kau tetapkan sebagai jodohku ya Allah, maka kau buang lah setiap bibit perasaan kasih, cinta dan sayangku terhadapnya ya Allah. Agar aku dapat menerima ketentuan-Mu dengan redha.

Sesungguhnya, hanya Engkaulah Tuhan Yang MAHA Mengetahui setiap sesuatu.

Aminnn, Ya Rabbal Alamiinn.

Friday, January 6, 2012

our 17th monthsarry :)

Assalamualaikum, lama saya tak update blog kan? 
padahal cuti niy, dah habes SPM, bkn buat ape, kerja pun tak.
saya malas, maaflah -.-
okay , maaf, maaf, maaf :)
hubungan saya dan my lovely baby, Izzat Najmi dah mencecah 17 bulan tepat pada 1 Januari 2012. n yes, the time orang sibuk-sibuk nak celebrate new year semua, tapi kitorang tak.
najmi cakap dop molek sambut tahun baru.
tapi kami keluar malam tu, tapi niat kami untuk sambut ulangbulan kami yg ke-17 bukan new year okayy? jgn salah paham pulakkkk :)
kami bukan keluar berdua, ade ramai lagi kawan-kawan dia. diorang nk gathering katanya.
so, kami buat BBQ , comel kann ? 
wee, saya dengar BBQ  saya dah suka homey homey daa :)
nak kluar rumah smpai lewat malam takut niyh. 
macam mana saya nak mintak izin baba? :( homay homay.
lastly najmi cakap, terus terang je, parents tak suka kita tipu2 dorang.
okay, saya dengan ketar2 nya mintak izin baba,
hooyeayyyhhh!!!! bestnya baba bagi.
tapi cam biase lah, katanya, jangan balik lewat.
pukul 10.30 malam, dia jemput saya.
kami berdua tak tenang, tak sedap hati. 
serious, tak tipu.
ibarat nak pergi menyambut new year, tapi najmi kata, takpe, kita tahu ape niat kita.
agak best la, kami buat BBQ kat Tasik Cempaka, Bangi. 
Alolooo, kat tasik? so sweettttt ;) 
comel kannn kat tasik, malam2 :) orang lain sibuk2 nak tengok bunga api semua kami ber-BBQ.
masa tu dah pukul 11.40 something, me keep bising kat Najmi,
"kamu jgn lupa wish monthsarry tau! kalau tak siapp"
dia gelakkk je.
gelak mengejek, dia suka macam tu.
dia suka buli saya :( 
masa tu dia sibuk nak hidupkan api,.
okay, okay, tak sabar nak tunggu satu Januari.
tik tok tik tok.
dah pukul 12, keadaan jadi semakin sibuk, dengan kawan-kawan dia Ezra, Sofia, Hafizul, Alyn, Sarah, Alan, Syafiq.
We had a really great time together, serious cakap.
enjoy gila.
tapi enjoy-enjoy pun, dalam hati ku, 
^Bila Izzat Najmi nak wish ni? dah lebih pukul 12 da niy :( aku ade depan mata dia kot :( takkan lupa :( *menangis dalam hati^
dah 15 minit berlalu, dia senyum sinis. 
 "baby" *dia panggil
"happy monthsarry babyyyy" then dia senyum.
homay maaakkkkkk, sumpah aku melt doe dat time.
rasa nak nangis walaupun just wish macam tu.
aku tahu dia ade sebab wish lambat, bila semua orang da tak sibuk, dia pun da tak sibuk, baru dia wish.
awak sangat romantik b :(
even hubungan ni da setahun 5bulan, tapi aku tak pernah bosan dgn dia.
he is the best man i ever had, i swear.
borak-borak gelak-gelak pukul 2.30 pagi baru balik.
okay lah tu kot.
okaylah baby, me love you .byee :)