Assalamualaikum. Saya
dah janji untuk bercerita.
Dan sekarang saya
akan cerita. Saya tahu Allah sahaja yang tahu apa dalam hati saya. Allah tahu
siapa orang-orang yg saya sayang, saya cinta dan saya kasihi. Ustazah kata,
kasih adalah melebihi rasa cinta. Saya kasihkan kedua ibu bapa saya. Tapi saya
cintakan seseorang yg telah membimbing saya selain dari kedua ibu bapa saya.
Bukanlah mudah bagi
saya sebagai seorang perempuan untuk jatuh cinta. Namun saya mengaku, sangat
mudah untuk saya menyayangi seseorang. Namun untuk memberi hati ini, tak
semudah yang disangka. Sayang senang, cinta? Biar saya fikirkan dulu. Lahh,
over nye suhaida? Mahal sangat ke cinta kau tuhh? Cinta tak boleh dibeli dengan
wang ringgit kay. Kalau bf awak anak dato’ sekalipun lah kann. Dia bagi awk
kereta mewah, shopping mewah, apa awak nak dia tunaikan. Itu semua tak cukup
membahagiakan sebenarnya, bila dah kaya, ramai yang nak, susah untuk dia setia.
Awak bahagia ke kalau awak niy gf ke-7 ke-8 ke-10 diaa? Bahagia kah awak? Kalau
awk kata bahagia tu sebab awk pandang duit dia lettew :P
Okay, saya tahu saya dah lari topik. sangat
jauh saya lari dari topik ni, sampai tercungap-cungap penat sangat berlari.
Saya kenal seorang
lelaki. Saya sangat mencintai dia, kerana saya cintakan sikapnya. Dia bimbing
saya, dia mematangkan saya. Dia banyak ajar saya tentang kehidupan ni. Dia
adalah pemangkin saya. Namun saya tidak berjaya menjadi pemangkin dia. Saya
selalu kecewakan dia, saya jatuh kan dia. Saya buat dia tersungkur, bila dia
jatuh tersungkur, saya biarkan dia, saya biarkan dia untuk bangun sendiri. Saya
tahu, saya kejam. Saya tahu saya tak layak untuk dia. Saya sedar dia yang
TERBAIK untuk saya, dan saya sedar juga bahawa saya bukan yang terbaik untuk
dia. Dia berhak dapat yang lebih baik. Saya lepaskan dia pergi, saya redha.
Walau dalam hati tetap ada rasa untuk memilikinya lagi, tapi saya tahu, saya
tak layak. Saya tak boleh pentingkan diri, saya bukan yang terbaik untuk dia.
Hubungan yang
direstui oleh kedua ibu bapa saya ni, putus di tengah jalan. Apakan daya, saya
terpaksa lepas kan dia. Saya tak sanggup untuk lukakan dia lagi. Saya taknak
dia jatuh lagi, saya tahu saya tak akan berada disisi dia saat dia jatuh
tersungkur, sebab saya pentingkan diri sendiri. Sebab saya tak pernah fikirkan
perasaan dia. Saya tahu peluang untuk saya bersama dia lagi sangat tipis. Saya
kena belajar hidup tanpa dia. Kalau kau sayang dia Suhaida, tolong lah lepas
kan dia, kau boleh tengok dia dari jauh, kau boleh tengok kehidupan dia yang
bahagia tanpa kau. Kau tak mampu bahagiakan dia. Aku tahu kau pedih, bukan
senang, aku tahu. Tapi ini semua berpunca dari sikap kau yang pentingkan diri
jugakk.
“kalau kita sayang
seseorang tu, lepaskan lah dia, jika kehidupan terbaik dia bukan dengan kita “
Dan saya sedang melakukan
itu dan saya sedang bangun sendiri tanpa bantuan sesiapa sebenarnya. saya tahu
dia yang terbaik untuk saya. Malah saya tahu saya takkan dapat lelaki sebaik
dia dah lepas ni. Awak banyak bimbing saya. Awak banyak mengajar saya. Awak
tahu saya sayangkan awak, dan awak tahu awak adalah pemangkin saya. Walaupun
hubungan kita tidak bertahan lama, tapi saya cuma nak awak tahu, awak seorang
sahaja yg berjaya buat saya cintakan awak sedalam ni. Awak seorang sahaja yg
berjaya buat saya sedar dan ubah cara hidup saya, dan awak seorang sahaja yg
tetap ada dalam hati saya sampai sekarang.
Matahari tak akan
bersinar lagi lepas ni tapi saya tahu matahari tu masih wujud. Cukup lah
sekadar saya tahu matahari tu masih wujud.
Terima kasih. Assalamualaikum
:’)
No comments:
Post a Comment