She didn't leave you for making too many mistakes. She left because you made the same mistake, too many times.

Thursday, May 23, 2013

Kawan.
Semenjak awak tiada di sini, tiada siapa yg hendak mendengar suka duka saya, sakit perit saya.
Tiada siapa yang mahu lihat setiap titis air mata saya yang jatuh, gugur. 
Tiada siapa kisah tentang gelak tawa saya kegembiraan. 
Kawan. 
Hanya awak yang ambil tahu tentang semua tu.
Perit hati saya mengenangkan awak sudah tiada di sini lagi.
Sedih hati saya. 
Tapi saya tetap merahsiakan perasaan, 
Saya tidak mahu awak tahu walang hati ini. 
Air mata ini biar saya tanggung sendiri.

Dahulu.... 
Tika luka hati ini parah oleh kerana cinta yang terkadang tak pasti, awak datang menemani.
Walau tak pernah di kesat air mata ini oleh kerana haram disentuhi,
Namun, hati ini kuat mengatakan awak terlalu ingin mengubati.
Awak ketawa tika saya berduka.
Bukan mentertawakan saya, tetapi cuba untuk buat saya ketawa bersama.
Jika tika bersama awak, derita hati ini seakan lesap hilang bersama hilaian tawa kita. 
Tidak kah kau rasa sedih yg aku rasa,kawan?

Kau tahu, dari dulu, aku amat menyayangimu.
Aku tahu, dari dulu, kau boleh jadi sahabat baikku.
Aku cukup yakin yg itu, kau blh jadi sahabat aku walau dimana kau berada, walau jauh mana jarak yg pisahkan kita.
Ternyata kini aku tak pernah silap, sudah terbukti, kau tidak pernah melupakan aku.
Aku rindu utk sentiasa ketawa bersamamu. 
Aku rindu kau kawan.
Aku terlalu rindukan kau. 

Bersama airmata, semoga kau sentiasa menjadi sahabat ku. Ameen. 

No comments:

Post a Comment