Aku rasa seperti sesuatu bakal terjadi. Air mata mula bergenang dan berlinang tak kena tempat dan waktu. Hati ni sebak rasa sesuatu. Sesuatu yang aku tak pasti, tapi terasa seperti akan terjadi.
Sebak hati ni. Yang aku tahu tangisan je dapat redakan kesebakan ni, walaupun tangisan ini tiada puncanya, tak tahu apa hujung pangkal penyebabnya.
Aku suka mendengar lagu yang dimainkan di blog aku ni. Kalau rasa nak nangis dengar je lagu ni, laju je air mata ni mengalir.
Kadang-kadang sifat dalam diri ini tidak dapat dijangka. Aku sendiri tidak dapat meneka dan mentafsir diri aku ni. Tapi yang pasti aku akan menangis walaupun tiada punca. Aku memang selalu macam tu. Tapi sebenarnya aku yakin, ramai perempuan macam tu.
Selalu tak dengar ayat ni, atau terbaca ayat ni? Tolonggg lah ambil serious tentang ayat ni.
"PEREMPUAN YANG KUAT BERCAKAP, TIBA-TIBA DIA DIAM SERIBU BAHASA, MAKNANYA ADA SESUATU YANG DIA PENDAMKAN."
Aku punya sifat yang aku rasa negatif dalam diri aku iaitu aku suka memendam. Wow! Aku memang sangat tak pandai untuk menyuarakan rasa sakit hati aku atau amarah aku. So aku guna cara lain, iaitu PENDAM. Kalau aku pandai marah, aku tak pendam kot. Masalahnya aku taktahu marah. Kalau aku marah, tu maknanya aku dah lama pendam benda tu, dan aku dah tak mampu untuk tahan lagi. Semua orang tahu kesabaran manusia punya limit. Moga-moga Allah jaga dan lindungi aku dari api kemarahan, In Sha Allah.
Sebak kat hati ni tak apa. Ingat Suhaida, ALLAH ada. Simpan kemas dalam hati,"KALAU KITA DEKAT DENGAN ALLAH, ALLAH JUGA AKAN DEKAT DENGAN KITA. KALAU KITA JAUH DARI ALLAH, ALLAH PUN JAUHLAH DARI KITA. " In Sha Allah, ingat Allah selalu, everything gonna be okayyy ;) In Sha ALLAH :)

No comments:
Post a Comment